Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk
pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan
Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan
dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era
pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk
menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya
menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri
sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
"Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi
ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi
undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani
kes-kes seperti ini (Syiah)," katanya.