Meskipun kelonggaran dan advokasi diberikan dalam kempen keselamatan
jalan raya sekarang, namun jumlah kematian yang terus meningkat
direkodkan menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiada pilihan
kecuali melaksanakan undang-undang dan peraturan jalan raya secara
total pada masa hadapan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar berkata, memang ada penurunan daripada segi jumlah
kemalangan dicatatkan dalam Op Selamat sempena Aidilfitri kali ini
tetapi sikap pengguna jalan raya yang masih di takuk lama dan tidak
berubah menyebabkan kemalangan jalan raya tidak dapat dielakkan.
"Saya tidak berpuas hati dengan Op Selamat kali ini. Walau
bagaimanapun saya akan tunggu laporan penuh yang dijangkakan diterima
dalam tempoh terdekat.
"Melihat kepada situasi ini, saya berpendapat pendekatan
penguatkuasaan sepenuhnya perlu dilakukan kerana cara paling berkesan
untuk mengubah sikap pemandu ialah dengan 'mengoyakkan' poket mereka,"
katanya kepada pemberit.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 16 August 2013
Revolusi Syiah Pengaruhi PAS!
Revolusi Iran kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa besar Barat terpinga-pinga dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah Khomeini dan bagaimana beliau menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi, yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan Islam sedunia bagaikan mendapat semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa Khomeini.
Pulang ke Malaysia, Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac 1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh.
Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khome ini sebagai wira dan ‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS dilantik duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin Syiah itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997).

Subscribe to:
Posts (Atom)