Calon sesuai serta strategi
berkesan oleh jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) adalah antara
faktor yang mendorong kepada kemenangan parti berkenaan pada Pilihan
Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kelmarin.
Laungan Gelombang Biru yang mengiringi kemenangan calon BN malam semalam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong juga dengan sendirinya menolak kempen 16:16 yang dilaungkan pembangkang.
Kemenangan itu mengukuhkan lagi BN dan mengembalikan kedudukannya
di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 seperti yang dimenangi pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu. Ia juga menafikan hasrat
pembangkang untuk mewujudkan DUN tergantung, yang mungkin memaksa satu
lagi pilihan raya semula.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 26 July 2013
Lagi Pasal Bonus Raya!
CUEPACS menyarankan kerajaan negeri menyelaraskan pemberian bonus antara
penjawat awam negeri dan Persekutuan yang bertugas di negeri berkenaan
bagi mengelak ketidakadilan berlaku dalam pentadbiran di peringkat
negeri.
Presidennya, Datuk Omar Osman, menyifatkan tindakan kerajaan negeri memberi bonus lebih tinggi atau bonus tambahan kepada penjawat awam negeri berbanding kadar bonus diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai tidak harmoni serta pilih kasih.
Katanya, bayaran bonus yang menggunakan wang rakyat termasuk wang pembayar cukai perlu diagihkan berdasarkan konsep kesamarataan antara penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Inilah Dugaan dan Cabaran Ramadhan Buat Cikgu Nasir!
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Mohamad Nasir Mohd
Noor membuat laporan polis selepas menerima dua ugutan bunuh, dipercayai
berkaitan isu penggunaan bilik persalinan dijadikan kantin sementara di
sekolah berkenaan.
Laporan dibuat di Balai Polis Saujana Utama, di sini pagi semalam. Mohamad Nasir memberitahu BH beliau menerima dua ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali selain dikecam dengan kata-kata kesat di laman sosial yang mengganggu emosinya dan keluarga.
“Laporan polis dibuat demi keselamatan saya dan keluarga. Malah, orang ramai turut menghukum saya melalui laman sosial berdasarkan maklumat yang tidak benar.

Benarkah Cina Tiada Aspirasi Nasional?
Permintaan kaum Cina supaya peraturan baru untuk mempertingkatkan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di tahap dua diteliti semula untuk pelajar tahun Empat sehingga Enam, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) mulai tahun depan boleh ditafsirkan sebagai mempunyai sifat negetif, selain tidak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa negara ini.
Peraturan baru ini terangkum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang antara matlamat utama ialah untuk menyelaraskan kurikulum di semua sekolah rendah kerajaan. Untuk ini, waktu pendidikan bahasa melayu dipertingkat daripada 180 minit pada masa kini kepada 270 minit seminggu. Begitu juga hal dengan pendidikan Bahasa Inggeris dari 120 minit kepada 150 minit.
Kaum Cina melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan mereka, meminta masa untuk pendidikan Bahasa Melayu hanya berada pada 210 minit. Dengan ini ia diperturunkan daripada 270 minit, manakala untuk bahasa Inggeris, masa yang mereka mahu ialah 210 minit. ia dipertingkatkan dari 150 minit.

Kit Siang, Guan Eng Terus Tutup Mulut!
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim
Guan Eng didesak untuk tidak berterusan menutup mulut daripada memberi
penjelasan berhubung isu-isu yang membelenggu DAP khususnya berkaitan
pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
Desakan tersebut disuarakan bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang mahu kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu turut menjawab dakwaan berhubung penipuan dalam pemilihan CEC seperti didedahkan penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen.
Malah menurutnya, Kit Siang perlu tampil menegaskan mengenai hubungannya dengan Father Augustus yang didakwa pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP itu sebelum ini.

Melayu Disegani Jika UMNO, PAS Bergabung!
Gabungan tenaga politik Melayu yang diwakili UMNO
dan Pas akan disegani semua pihak termasuk petualang-petualang politik
setiap kaum di negara ini.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, hakikat itu terbukti pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.
Menurut beliau, UMNO sewajarnya bersedia melihat dalam diri secara jujur dan menginsafi kesilapan sendiri manakala Pas pula seharusnya bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan.
"Tenaga politik Melayu yang terdiri daripada pelbagai komponen itu perlulah bersinergi, perlu disatukan dan digembleng secara teratur dan bersungguh-sungguh.
"Itulah mesej yang hendak disampaikan kepada UMNO dan Pas sebagai dua wadah perjuangan orang Melayu yang sepatutnya wujud untuk saling melengkapi dan tidak saling memusuhi," katanya ketika membaca surat terbuka khas kepada UMNO dan Pas dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Analysis : Merger of Chinese Political Party!
The Barisan Nasional (BN) structures are divided
into parties that are racially based and it has been proven that the formula
for harmony and peace worked. The formula is to ensure that every race has a
voice through their parties and will not have to face the risk of being left
out by the party leadership.
Every party then has their own space to pressure
the BN leadership to ensure each and every race is fairly treated. The
leadership of BN are responsible to act on the issues that have been discussed.
The main goal is for the benefit of the people of Malaysia.
We all know that the structure of BN is the main
target by the opposition by calling it as a racist system. This particular
action by the opposition proves that the Pakatan Rakyat in Malaysia is not
politically mature. Up till today, all the critics that they made are not
positive to the development of the country.
Program Hasutan Di Bulan Ramadhan!
Pihak berkuasa, khususnya polis dan Jabatan
Peguam Negara perlu menyiasat segera program berbuka puasa anjuran
pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang berbaur
fitnah serta hasutan baru-baru ini.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penganjuran program tersebut di bulan Ramadan dengan motif menghasut rakyat membenci kepimpinan negara adalah amat serius dan berbahaya kepada keharmonian Malaysia.
Menurut Anuar, jika siasatan dan pendakwaan tidak dapat dibuat, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan sedangkan fitnah dan hasutan oleh Suaram berterusan dan tidak pernah berhenti.

Subscribe to:
Posts (Atom)