Dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Mahkamah Pilihan Raya tidak menyediakan ruang cukup untuk perbicaraan kes petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mempedulikan sistem kehakiman negara.
Anwar hanya gemar akan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya dan mana-mana keputusan mahkamah yang sebaliknya, dilabelkan sebagai ‘mahkamah kangaru’ berikutan tidak memberi keuntungan politik kepadanya.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata sifat Anwar itu tidak pernah berubah sejak beliau mula dibicarakan atas dakwaan terbabit dalam penyalahgunaan kuasa pada 1988, yang akhirnya membawa kepada Anwar dipenjarakan, selain beberapa kes lain yang berkaitan dengan dakwaan homoseksual.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Tuesday, 30 July 2013
Padah Merusuh Depan Parlimen!
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Chegubard dan 32 individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.
Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, 35 yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) didakwa bersama-sama aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim, 25; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, 24; Sekretariat SMM, Ekhsan Bukharee Badarul, 22, serta 13 individu lain.
Mereka didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 143 kanun sama atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.
Haram Tetap Haram!
Penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah haram seperti diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan, walaupun tidak memperaga baju mandi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, fatwa yang diwartakan pada 1996 itu jelas menyebut penyertaan orang Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa.
“Jadi bukan fasal soal baju, fatwa menyebut (penyertaan wanita Islam dalam) ratu cantik, tak dibenarkan,” katanya.
Terdahulu, Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP, mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013 yang meminta peserta Islam dibenarkan bertanding kerana mereka tidak akan memperagakan baju mandi.
Bukan Mainan Politik!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendedahan seorang arkitek urus janji kapal selam Scorpene berhubung isu pembelian tersebut serta Altantuya Shaariibuu sebagai bukti wujudnya satu mainan politik pihak tertentu.
Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Jasbir Singh Chahl merupakan kenyataan yang beliau sebut berkali-kali semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan serta di Parlimen.
"Meskipun isu ini agak lama untuk dirungkai permasalahannya tetapi tidak terlambat bagi polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
"Malah, kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara," katanya.
PAS Mesti Bertindak Segera!
Seorang tokoh ulama di sini berharap pemimpin Pas dapat mengambil tindakan segera membersihkan parti tersebut dan ahli-ahlinya daripada ajaran Syiah.
Tokoh tersebut, Prof. Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) berkata, walaupun penularan ajaran itu sukar dikesan kerana pengikutnya gemar berselindung dan bermuka-muka, namun pihaknya percaya keadaan itu wujud.
Menurut beliau, pihaknya amat berharap agar pengikut ajaran itu bertaubat dan kembali kepada akidah sebenar iaitu berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah sebelum terlambat.
Dinasti Lim Tergugat!
Ahli DAP mahu parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan tidak membiarkan parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.
Menurutnya, Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.
Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang.
Subscribe to:
Posts (Atom)