Sebutlah apa sahaja. Nak jeti, diberi jeti baru. Nak dinaik taraf pasar dan agihan peruntukan sara hidup nelayan, pun sudah diberikan. Bukan ratusan ribu dibelanjakan, tetapi puluhan juta ringgit.
Namun, masih lagi calon Barisan Nasional (BN), Sulaiman Abdul Razak gagal meraih sokongan kali kedua selepas 2008 di saluran Pasir Penambang. Bagaimanapun Sulaiman bersyukur kerana dengan bantuan pengundi Melayu di saluran-saluran lain, beliau masih berjaya mengekalkan DUN Permatang. Malah, dengan majoriti yang meningkat lagi, 1,026 berbanding 608 undi sebelumnya.