Kerajaan
Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol ‘UBAH’ dalam bentuk burung
kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah
setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi
dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan
pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.
Menurut
laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang
mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa
2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan
mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.
Apa
yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang
mahsyur di Hong Kong. Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP
diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang
se-sepet dengannya.
Sesungguhnya,
DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil
enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu. Tidak diketahui
sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas ‘derma’ dan ‘tajaan’
yang diterima bagi menyiapkan burung ini.