Walaupun pertama kali bertanding dan tidak mempunyai track record dalam mana-mana PRU sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai 'modal' tersendiri untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 12 April 2013
Politik Anwar Bakal Terkubur!
Hasrat pengendali blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh, melambangkan keberanian dan semangat tinggi.
Walaupun pertama kali bertanding dan tidak mempunyai track record dalam mana-mana PRU sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai 'modal' tersendiri untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.
Walaupun pertama kali bertanding dan tidak mempunyai track record dalam mana-mana PRU sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai 'modal' tersendiri untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.
DAP Mulakan Pengkhianatan!
Selepas berkali-kali cuba melembutkan pergeseran dalam soal penentuan calon, DAP akhirnya memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada mengalah atau berdepan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, walaupun pertembungan tiga penjuru itu dianggap pengkhianatan yang tidak harus berlaku dalam pakatan pembangkang namun beliau tidak menolak kemungkinan tersebut jika PKR enggan mengalah dengan tuntutan DAP.
DAP dan PKR Ibarat Keluarga PAS!
Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"UMNO menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.
Khalid Ibrahim 'Tenat'!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.
Anwar Buat PAS Hilang Arah!
Pilihan Raya Umum Ke-13 ternyata semakin memaparkan kecelaruan, kekeliruan dan ketaksuban Pas berpolitik dalam usaha meraih kuasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Kesediaan Pas untuk membenarkan calon-calon DAP menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya umum tersebut sudah membuktikan bukan kata prinsip yang sanggup digadaikan, malahan lambang pun akan dipertaruhkan oleh Pas asalkan boleh ke Putrajaya.
Jika sesiapa juga yang mengkaji Perlembagaan Pas terutamanya Fasal 3, 4, 5 dan sebahagian Fasal 6 serta memikirkan kembali tindak-tanduk pemimpin-pemimpin DAP terhadap perjuangan Islam Pas, mereka pasti akan menganggap betapa terdesaknya Pas memburu kuasa politik.
Wajib Baca : Jerangkap Samar PAS!
Percaturan
Pas menempatkan Husam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sememangnya
menimbulkan tanda-tanya. Mungkin Pas percaya dan yakin kepada kekuatan Husam
untuk menyaingi calon Barisan Nasional (BN) yang belum dinamakan lagi. Tidak
mustahil juga parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu mahu Husam
mencatatkan sejarah tersendiri.
Kalau menang
tentunya sejarah putih bagi Husam tetapi jika tewas, masa depan bekas ADUN
Salor itu agak sukar ditelah melainkan beliau ditawarkan juga kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN). Setakat ini Pas belum membuat sebarang pengumuman yang
berkaitan.
Husam,
lulusan Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi mendapat pendidikan di
Sekolah Rendah Kota Bharu, Sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu dan Maktab
Sultan Ismail sebelum ke UM. Beliau kemudiannya mengikuti kursus Bahasa Arab di
Jordan.
Satu Analisa PRU : Cita Rasa Pengundi Cina!
Sememangnya
menarik diungkit kembali perbandingan sejarah di antara pilihan raya umum 1974
dan paling terkini yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013. Tidak dapat
dinafikan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang
telah memperkenan pembubaran Parlimen kedua-dua era tersebut adalah satu
peristiwa yang begitu sukar untuk diulangi.
Juga begitu
menakjubkan dan mungkin juga secara kebetulan Perdana Menteri ketika pertama
kali Sultan Abdul Halim menandatangani pembubaran Parlimen ialah Tun Abdul
Razak Hussein iaitu bapa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tetapi satu
perkara paling menarik dan juga kritikal untuk dihayati oleh rakyat Malaysia
adalah suasana pilihan raya 1974 adalah begitu getir sekali kerana keputusan
pilihan raya 1969 yang menjerumus kepada rusuhan kaum paling terburuk dalam
sejarah Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)