"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Thursday, 21 March 2013
Komentar : "Topeng Agama PAS Perlu Dicabut"
Banyak pihak, tidak terkecuali
penyokong PAS sendiri, musykil hukum hudud tidak disebut dalam manifesto
pakatan pembangkang yang dilancarkan minggu lalu. Berpuluh-puluh tahun PAS
bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya.
Adoyai... Dilema PAS Cari ‘Fotostat’ Ganti Nik Aziz
Malam keputusan Pilihan Raya Umum
Ke-11 (PRU-11) pada Mac 2004 cukup perit untuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz
Nik Mat. Beliau cemas dan mukanya pucat apabila mendapat khabar Barisan
Nasional (BN) menang dua pertiga daripada 45 kerusi DUN Kelantan.
Pengikut PAS memenuhi kawasan ibu pejabat parti di Jalan Dato Pati, Kota Bharu untuk mendapat kepastian. Mereka nampak Menteri Besar Kelantan itu rimas dan nanar dalam keadaan mundar mandir. Apabila keputusan mengesahkan bahawa PAS menang dengan majoriti tiga kerusi, penyokong PAS bertakbir tetapi Nik Aziz demam.
Pengikut PAS memenuhi kawasan ibu pejabat parti di Jalan Dato Pati, Kota Bharu untuk mendapat kepastian. Mereka nampak Menteri Besar Kelantan itu rimas dan nanar dalam keadaan mundar mandir. Apabila keputusan mengesahkan bahawa PAS menang dengan majoriti tiga kerusi, penyokong PAS bertakbir tetapi Nik Aziz demam.
Wow!!! Ekonomi Negara Diunjur Berkembang 6 Peratus
Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara lima
hingga enam peratus pada 2013 ini dipacu oleh pengukuhan berterusan permintaan
domestik dan peningkatan sektor eksport.
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan luar jangkaan tahun lalu kini sedang dalam laluan pertumbuhan yang stabil.
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan luar jangkaan tahun lalu kini sedang dalam laluan pertumbuhan yang stabil.
Biar Benar... 1 Undi Pas = 1 Undi DAP !!!
Pembubaran tidak berlaku semalam.
Ramai yang meramalkan begitu. Namun itu tidak penting, kerana yang pasti
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tetap berlaku.
Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini.
Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang
bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.
Benarkah Penjawat Awam Umpama ‘Gigit Tangan Yang Menyuap’?
Selaku warga penjawat awam, saya
amat terharu akan keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa peka menjaga
kebajikan para penjawat awam melalui pengumuman beberapa insentif baharu.
Bagi saya yang telah mencapai tahap
maksimum tangga gaji, saya tidak pernah menyangka akan dapat kenaikan gaji pada
tahun ini.
Bagaimanapun, saya amat sedih ada di
kalangan penjawat awam yang seolah-olah tidak tahu mengenang budi dalam
perbualan harian baik di pejabat, kafeteria dan sebagainya.
Ada di antara mereka yang
memperlekehkan tindakan ikhlas kerajaan ini sebagai usaha memancing undi
menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Yang paling menyakitkan hati ialah
ada mereka yang berjawatan kategori JUSA juga bersikap sedemikian.
Penjawat awam adalah mata dan
telinga kerajaan yang perlu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada
kerajaan.
Seperti kata pujangga: Jangan gigit
tangan yang memberi kamu makan.
Sumber : © Utusan Melayu
(M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)