Usaha yang dilakukan atas dasar kedua-dua mereka adalah sahabat baik Jusuf dan bagi menjaga kepentingan Malaysia dan Indonesia, walau bagaimanapun setakat ini belum diketahui hasilnya. Jusuf yang ke Kuala Lumpur bersama beberapa orang bekas menteri Indonesia pada 5 Mei lalu semasa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diumumkan telah menemui Anwar pada malam tersebut bagi menyatakan hasratnya itu.
Beliau kemudiannya menemui Najib pada 7 Mei di Putrajaya untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan menyatakan harapannya agar kedua-dua tokoh itu tidak terus menerus berseteru.