Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 3 June 2013

Anwar Ibrahim Dibelasah Hindraf!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hanya berminat 'mengejar' undi kaum India berbanding memberi fokus kepada kebajikan mereka.

Perkara itu dinyatakan oleh pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar yang menegaskan Anwar juga tidak berminat dalam menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar melabel Hindraf sebagai bersifat perkauman selepas pernah menyokong serta 'menunggang' perjuangan pertubuhan itu pada 2008.

Bila PKR, DAP Tiada Lagi dihati PAS!

Penganjuran Perhimpunan Blackout 505 yang dijadual akan diadakan di negeri ini pada 12 Jun depan, tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pas Kelantan.

Ia ditegaskan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

"Kita tidak terlibat mengenainya. Berhubung soal benar ataupun tidak diadakan di Kelantan ia bergantung kepada pihak polis bukannya kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Video Yang Membuatkan PM DS Najib Pening Kepala!


Australia Buat Anwar Hampir Pengsan!

Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum K-13 (PRU13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen Sky mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Car berkata:

"Nah... mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa. "Saya menelefon rakan sejawatan Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain," katanya.

Sunday, 2 June 2013

Anwarinas Rosakkan Politik PAS...

Apabila Pas membuat keputusan untuk komited dalam kerjasama bagi memburu kuasa politik bersama pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, penulis tidak melihat ia satu keuntungan kepada perjuangan Pas. Malah dalam hampir setiap artikel, penulis sering mengingatkan Pas bahawa mereka akan menjadi parti yang paling rugi di muka bumi Allah ini.

Dan ternyata telahan penulis itu benar, apabila dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pencapaian Pas jauh merosot berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 2008, Pas boleh mendabik dada apabila bukan sahaja mempertahankan Kelantan tetapi juga menguasai Kedah. Di kerusi Parlimen pula Pas berjaya memenangi 31 kerusi. Tetapi kejayaan itu tidak kekal lama, sikap Pas yang sering sahaja menafikan bahawa mereka hanya 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan semakin meminggirkan suara golongan ulama akhirnya membawa padah. Pas hanya terus bertahan di Kelantan tetapi terlepas Kedah dan kehilangan 10 kerusi Parlimen.

Anwar Semakin Keliru!

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan jumlah dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Menurutnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.

Selain itu katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, iaitu daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.

Pakatan Pembangkang Meroyan!

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Video : Anwar Pasti Naik Angin!


Saturday, 1 June 2013

Anwar Yang Mungkir Janji!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin, bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Pembangkang Ambil Kesempatan...

Sikap pembangkang yang mempolitikkan tragedi bot ekspres karam di Belaga dekat sini, menunjukkan mereka tidak sensitif dan 'gila kuasa'.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, pemimpin pembangkang sepatutnya tidak mengambil kesempatan daripada kejadian itu sebaliknya turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa serta keluarga nahas berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...