Darahsatriadotcom

Followers

Saturday, 6 July 2013

Presiden UMNO Boleh Dipertandingkan!

Mana-mana ahli UMNO yang berhasrat untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti itu pada pemilihan tahun ini perlu menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) parti sekurang-kurangnya satu penggal.

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, syarat tersebut merupakan satu daripada perkara terkandung dalam Perlembagaan UMNO yang baharu.

Katanya, calon yang layak bebas untuk bertanding tanpa memerlukan pencadang mahu pun penyokong.

Bila Speaker DUN Terlalu Bodoh!


Tindakan memansuhkan sesi soal jawab dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini berkemungkinan tidak sah kerana tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, sebelum ini mana-mana keputusan yang hendak dibuat perlu mendapat persetujuan dewan terlebih dahulu dan bukan dilaksanakan tanpa dibincangkan ahli-ahlinya.

Menurutnya, berdasarkan peraturan dewan, perlu ada pihak yang membuat usul cadangan diikuti usul menyokong seterusnya dibuka kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membuat keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya.

Tragedi Jadi Pengajaran!

Insiden Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan oleh tentera Mesir perlu dilihat sebagai pengajaran berguna kepada rakyat tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pengalaman hitam itu juga telah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan peranan kerajaan bagi menangani situasi tersebut.

Katanya, insiden tersebut bukan sahaja dilihat sebagai satu pertembungan nilai berkenaan politik semata-mata, malah turut melibatkan perkara lain.

Friday, 5 July 2013

Anwar Pasti Naik Angin!

Anggota Parlimen Simpang Renggam LiangTeck Meng hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak memohon maaf berhubung dakwaan beliau bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.

Walaupun berdepan tindakan dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Teck Mengbertegas untuk tidak menarik balik dakwaannya kerana menyifatkan ia dibuat berdasarkan tanda-tanda adanya campur tangan negara asing dalam politik negara.

Mempertahankan tindakannya di Dewan Rakyat hari ini, Teck Meng berkata penjelasan diminta daripada kerajaan kerana menyifatkan maklumat yang dipetik daripada laman web Wikileaks itu membabitkan isu penting dan menyentuh soal keselamatan negara.

Anwar Pasti Terkedu!

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya idea itu boleh direalisasikan. Perbincangan juga akan dibuat dengan pihak RTM berhubung cadangan itu.

"Insya-ALLAH saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

Bila Pembangkang Melatah!

Pembangkang diingatkan supaya tidak cepat melatah seperti 'cacing kepanasan' berhubung pendedahan yang dilakukan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pembangkang sepatutnya menunggu hasil siasatan sama ada dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki 20 akaun bank di luar negara itu benar atau sebaliknya.

"Saya harap semua pihak jangan jadi seperti cacing kepanasan. Kalau kena kepada kita (pembangkang), kita melompat, kita melatah.

"Anwar sepatutnya jawab kerana tuduhan itu ditujukan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Wakil Rakyat DAP Mula Panas!

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini panas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mempersoalkan satu persatu kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketegangan mula timbul apabila Jahara mempertikaikan tindakan Speaker, Law Choo Kiang tidak membenarkan sesi soal jawab kali ini dengan alasan kekangan masa.

Jahara berkata, perkara itu mencatat sejarah baharu dalam DUN kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Thursday, 4 July 2013

Red Bean Army Berbahaya!

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak tanduk tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke Kabinet, Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau hari ini.

Menurut beliau, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet.

Tian Chua Bakal Disaman!

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan UMNO mempunyai locus standi atau hak untuk menyaman naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Chua Tian Chang dan dua yang lain bagi memfitnah berhubung artikel berkaitan insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu. 

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam yang mewakili UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Raihana Ariffin, manakala tiada wakil dari pihak defendan. 


Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa hakim memutuskan UMNO mempunyai locus standi mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan undang-undang dengan menggunakan nama pegawai awam parti. 

Beliau berkata, keputusan itu memperkukuhkan kes undang-undang bahawa parti-parti politik boleh memfailkan saman fitnah. 

Tiada Asas Ala Arab Spring!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tidak ada asas untuk melancarkan bantahan ala Arab Spring di Malaysia dengan menegaskan bahawa negara menikmati keamanan dan kestabilan selama 55 tahun. 

Dalam temu bual dengan BBC malam tadi, beliau berkata negara Asia Tenggara ini yang berpenduduk 28 juta orang menyaksikan kemajuan ekonomi yang baik dan rakyat mempunyai banyak perkara untuk melihat ke hadapan. 


"Kami tidak fikir ada asas bagi rakyat untuk turun ke jalanan membantah terhadap kerajaan," katanya apabila ditanya sama ada beliau khuatir bantahan besar-besaran akan menimpa Malaysia seperti yang berlaku di Mesir. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...