Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.
Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Tuesday, 16 July 2013
Bila Kesucian Islam Dihina!
Dua penghinaan hampir serentak terhadap kesucian Islam ketika umatnya di negara ini baru memulakan puasa Ramadan minggu lalu, mungkin tidak berlaku jika pihak berkuasa bertindak cepat, tegas dan bijaksana dalam menangani beberapa kes seumpamanya sebelum ini.
Walaupun tindakan pasangan blogger seks, Tan Jye Yee dan Vivian Lee, menyiarkan gambar mereka menghirup sup babi sambil mengucapkan selamat berbuka, mungkin tiada kaitan dengan kenyataan Duta Vatican City, Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini, kedua-duanya sengaja dilakukan dan mempunyai motif sama.
Sebagai rakyat Malaysia, Tan dan Vivian pasti tahu sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini, apa lagi mengenai daging babi. Begitu juga dengan Morino. Sebagai utusan Vatican City, mustahil beliau jahil dengan sejarah keharmonian antara agama di negara ini.
Walaupun tindakan pasangan blogger seks, Tan Jye Yee dan Vivian Lee, menyiarkan gambar mereka menghirup sup babi sambil mengucapkan selamat berbuka, mungkin tiada kaitan dengan kenyataan Duta Vatican City, Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini, kedua-duanya sengaja dilakukan dan mempunyai motif sama.
Sebagai rakyat Malaysia, Tan dan Vivian pasti tahu sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini, apa lagi mengenai daging babi. Begitu juga dengan Morino. Sebagai utusan Vatican City, mustahil beliau jahil dengan sejarah keharmonian antara agama di negara ini.
DAP Pendokong Gerakan Kristianisasi...
Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian. Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino.
Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu. Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya.
DAP Takut Tindakbalas Tsunami Cina!
Pembangkang terutamanya, Dap masih menolak teori Tsunami Cina yang menyebabkan jumlah kerusi Parlimen melonjak secara mendadak pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Dap bermati-matian menolak andaian berlakunya Tsunami Cina dan sebaliknya menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah Tsunami Malasia.
Jika diminta seorang budak sekolah darjah enam melihat statistik mudah yang menunjukkan peralihan besar undi Cina kepada Dap dan parti pembangkang, sudah tentu budak berusia 12 tahun itu akan dapat mengesan fenomena Tsunami Cina itu. Dap gentar dikaitkan dengan pengkhianatan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional kerana takut dilabelkan sebagai parti rasis.
Dalam usaha untuk mengaburi mata orang Melayu, imej sikap perkauman yang tebal tentu akan merosakkan strategi untuk merampas kuasa daripada tangan Melayu pada PRU14 kelak. Oleh kerana itu Dap berusaha keras untuk meminimakan impak negatif Tsunami Cina dengan menafikannya.
PAS Semakin Terbuka Atau Tertutup?
Saranan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff agar kerajaan menggubal undang-undang bagi menetapkan kod pakaian bagi wanita negara ini mendapat perhatian kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi wanita. Alasan Siti Zailah bahawa undang-undang itu adalah bertujuan untuk mengurangkan jenayah seksual dilihat sebagai satu pandangan cetek, sempit dan tidak berpijak di bumi nyata.
Saranan Siti Zailah nampaknya membawa PAS beberapa tapak ke belakang dalam usaha parti itu untuk membina imej ‘terbuka’ bagi menjaga keharmonian rumahtangga dengan DAP. Kini PAS kembali dilihat sebagai parti yang tertutup, ala Taliban di Afghanistan dan pasti menakutkan DAP.
‘Pakaian wanita’ merupakan antara isu paling sensitif di kalangan kebanyakan masyarakat Islam di dunia. Malah, di kalangan PAS sendiri, ‘pakaian wanita’ diletak sebagai topik paling tinggi mengalahkan isu Kalimah Allah SWT di dalam Injil, mahupun isu murtad.
Ini kerana, dalam kedua-dua isu tersebut, masih terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS yang mana ada yang sanggup berdiam diri demi tidak menyinggung DAP. Tetapi, jika isu berkenaan ‘pakaian wanita’, kita pasti kesemua pemimpin PAS akan bersatu hati untuk memastikan semua wanita ‘dijinakkan’ melalui pakaian.
Monday, 15 July 2013
Teachers Are PAS Agent?
Like we all know, Perhentian Island is a popular tourist destination in Malaysia. It was named as one of the 10 most beautiful Islands in the whole world. The beauty of Perhentian Island sandy beaches and golden shores has attracted thousands of tourist since years ago.
Other than that, Perhentian Island is also one of the 9 voting centre in the Kuala Besut constituency. With 733 registered voters, the Island would be one of the target by both parties who are currently having a showdown in the 24th of July 2013.
Sadly, no one knows that the beauty of Perhentian Island is marred by the low quality education that is currently plaguing the school children.
It was said that the teacher’s attitude is the factor that has created a very low quality of education for these children.
DAP Cerdik! PAS, PKR...
Sekali air bah sekali pantai berubah. Kedudukan wakil-wakil dalam Dewan Rakyat turut berubah. Ada kalangan Ahli Parlimen yang sebelum ini menteri kabinet kembali ke zon penyokong kerajaan (backbencher).
Malahan bekas peguam tersebut, sebenarnya ingin membuktikan kepada rakyat Malaysia - bahawa pembangkang hanya pandai menimbulkan persepsi songsang di mata rakyat negara ini, bukanlah lebih popular dan layak mentadbir negara berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Jika mereka mengguna pakai undi popular sebagai petunjuk untuk menubuhkan kerajaan, mengapa ketua pembangkang, mereka (kepimpinan pembangkang) lantik pemimpin dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan bilangan kerusi yang dimenangi pembangkang, Pas mendapat 21 kerusi, PKR 30 kerusi dan DAP mendapat kerusi terbanyak iaitu 38 kerusi, bukankah itu menunjukkan DAP lebih popular dalam kalangan kepimpinan pembangkang. Mengapa tidak mahu jadi ketua (pembangkang)," katanya ketika ditemui kami di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Perang, Kecam Dilancar...

Beberapa pengendali laman blog mula melancarkan 'perang' terhadap pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang terus mencipta kontroversi mempersenda kedatangan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh yang tertera logo halal.
Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan kerana mencetuskan kemarahan umat Islam.
"Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura.
"Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan.
DAP Diherdik Penyokong PAS!
Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu.
Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.
Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti ‘ultra kiasu’.
Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan.
PAS Sudah Habis Modal!
Seperti telah kehabisan modal, Pas cuba mencipta isu kononnya berlaku perselisihan faham antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dengan Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Bertujuan untuk melemahkan jentera parti isu ini telah dijadikan modal kempen di pilihan raya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut).
Idris yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Besut, ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan itu, menafikannya sekali gus menegaskan ia hanyalah isu yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang.
Menurut Idris, pemimpin Pas itu sudah kekeringan modal apabila terpaksa memainkan isu berkenaan selepas gagal mengetengahkan calon terbaik kepada rakyat di Kuala Besut.
“Dia (Pas) memang kena buat isu, tak ada masalah. Kita (beliau dan Ahmad Said) boleh bekerja bersama-sama. Bila tak ada modal, dia carilah modal. Calon dia pun tak larat, parti pun tak larat. Dia cucuk kita. Dia cucuklah, biasalah," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)