Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 17 July 2013

PAS Candidate Is A Former Drug Addict?

Locals in Kuala Besut are talking about the fact that PAS candidate for Kuala Besut constituency Endut @ Azlan Yusof had dabbled in drug abuse not so long ago.
 
Even though its already in the past, similar to his history of joining UMNO, however it is still an issue that will affect the local community. Furthermore, in terms of the by-election, national issues do not have a big impact on the local community.
 
No one wants to be represented by an individual who has a drug addiction problem. We all know that drug addicts are not easily rehabilitated, it takes months or years for them try to be considered as sober.

Bangga Pertontonkan Aksi Lucah!

Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.  
 
Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar.  Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali.   Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia.   Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya. 

Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional.   Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia. 

Kes Ng Mun Tat?

Setelah PAS bersekongkol dengan DAP, kedudukan Melayu dan Islam di Malaysiasemakin lemah.  Walaupun kerajaan masih lagi diterajui UMNO, perpecahan Melayumenyebabkan UMNO juga seolah-olah tidak begitu mampu menahan asakanperpaduan kaum Cina. 

Ditambah pula dengan sikap pemimpin yang ‘segan’ untuk membela Melayu keranabimbang dituduh rasis sedangkan kaum Cina pula langsung tidak segan untukmendesak dan menuntut apa saja atas dasar rasis. 

Bermula dari Namewee yang biadap tetapi akhirnya dijulang sebagai ikon olehkerajaan, orang-orang Melayu terus memendam kemarahan.  Walaubagaimanapun, orang Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dalam PRU-13 yang lalu keranabimbang keadaan yang lebih teruk menimpa Melayu di tangan pembangkang. 

Guan Eng Semakin Angkuh!

Sikap 'acuh tak acuh' serta keangkuhan yang ditonjolkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap pemecatan ahli-ahli parti itu menunjukkan parti itu sebenarnya tidak demokrasi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, Guan Eng mungkin terlibat dalam pemecatannya tanpa benar-benar mengikut prosedur yang betul kerana pemimpin itu langsung 'tidak kisah' untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang sengaja menjatuhkan Jenice.

Jelas Jenice, beliau telah difitnah dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas dan bukti sahih seperti salah guna kuasa dan rasuah namun sehingga hari ini DAP 'tidak berjaya' membuat pendedahan berhubung tuduhan-tuduhan itu.

PAS Perkakas DAP dan PKR!

BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara. 

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.

PAS Guna Isu Pergeseran...

Penganalisis berpendapat, Pas sengaja menggunakan isu 'pergeseran' di antara Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan Pas itu juga sengaja mahu melaga-lagakan Idris dengan Ahmad bagi melemahkan sokongan terhadap BN, sekaligus memenangi PRK.

Tambahnya, Pas juga mengambil tindakan tersebut untuk mencalarkan kredibiliti Ahmad sebagai pentadbir negeri itu.

Tuesday, 16 July 2013

Simulasi Celup Jari!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini.
 
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.
 
Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Bila Kesucian Islam Dihina!

Dua penghinaan hampir serentak terhadap kesucian Islam ketika umatnya di negara ini baru memulakan puasa Ramadan minggu lalu, mungkin tidak berlaku jika pihak berkuasa bertindak cepat, tegas dan bijaksana dalam menangani beberapa kes seumpamanya sebelum ini. 

Walaupun tindakan pasangan blogger seks, Tan Jye Yee dan Vivian Lee, menyiarkan gambar mereka menghirup sup babi sambil mengucapkan selamat berbuka, mungkin tiada kaitan dengan kenyataan Duta Vatican City, Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini, kedua-duanya sengaja dilakukan dan mempunyai motif sama. 

Sebagai rakyat Malaysia, Tan dan Vivian pasti tahu sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini, apa lagi mengenai daging babi. Begitu juga dengan Morino. Sebagai utusan Vatican City, mustahil beliau jahil dengan sejarah keharmonian antara agama di negara ini.

DAP Pendokong Gerakan Kristianisasi...

Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian. Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia. 

Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino. 

Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu. Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya. 

DAP Takut Tindakbalas Tsunami Cina!

Pembangkang terutamanya, Dap masih menolak teori Tsunami Cina yang menyebabkan jumlah kerusi Parlimen melonjak secara mendadak pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Dap bermati-matian menolak andaian berlakunya Tsunami Cina dan sebaliknya menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah Tsunami Malasia. 

Jika diminta seorang budak sekolah darjah enam melihat statistik mudah yang menunjukkan peralihan besar undi Cina kepada Dap dan parti pembangkang, sudah tentu budak berusia 12 tahun itu akan dapat mengesan fenomena Tsunami Cina itu. Dap gentar dikaitkan dengan pengkhianatan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional kerana takut dilabelkan sebagai parti rasis. 

Dalam usaha untuk mengaburi mata orang Melayu, imej sikap perkauman yang tebal tentu akan merosakkan strategi untuk merampas kuasa daripada tangan Melayu pada PRU14 kelak. Oleh kerana itu Dap berusaha keras untuk meminimakan impak negatif Tsunami Cina dengan menafikannya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...