Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 28 July 2013

Isu Scorpene : The Untold Story!

Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.

Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.

"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk Scorpene: The Untold Story, yang diterbitkan di sini hari ini.

Guan Eng Dan Doktor Rasis!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat cuba berdolak-dalik berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberi kerjasama mengenai siasatan kes doktor Cina bersikap perkauman terhadap pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan di negeri ini dengan memberi alasan tiada 'kuasa' untuk mencampuri pengurusan hospital kerajaan.

Guan Eng mendakwa, isu berkenaan boleh diselesaikan sekiranya Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sanggup menyerahkan kuasa hospital kerajaan di negeri ini kepada pihaknya.

"Atas sebab itu, saya ingin menjemput Hilmi ke pejabat saya pada hari Rabu ini supaya beliau dapat tunjukkan bukti bahawa saya pernah berjanji secara lisan untuk menyerahkan laporan kes berkenaan kepada Kementerian Kesihatan.

"Mungkin dalam pertemuan itu kelak boleh dibincangkan mengenai perkara ini atau serahkan kuasa pentadbiran hospital awam di negeri ini kepada kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Karpal Bukan Pejuang Rakyat!

Pengerusi DAP, Karpal Singh dibidas kerana 'menutup mata dan telinga' dalam semua dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam partinya walaupun sering menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat.

Justeru, Karpal dicabar untuk bersikap lebih telus dan mengotakan slogan retoriknya dengan tampil menjawab setiap dakwaan beserta bukti kukuh.

Bekas Ketua Cawangan DAP, Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Karpal seolah-olah bersikap pilih bulu dengan 'membela' penyelewengan serta dakwaan penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember lepas tanpa siasatan rapi.

"Baru-baru ini Karpal tampil membuat dakwaan bahawa buku hasil karangan Father Agustus Chen itu sebenarnya satu penipuan yang boleh menjatuhkan DAP. Apa bukti beliau berkata demikian?

Saturday, 27 July 2013

Terbongkar : Pemimpin Parti Politik Penyebar Gerakan Syiah!

Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

Alvivi Bebas Akhirnya!



Not bad (boleh tahan), merupakan perkataan yang diungkap oleh Alvin Tan, blogger kontroversi ketika ditanya mengenai pengalamannya ditahan selama lapan hari di Penjara Sungai Buloh.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, kelihatan tersenyum ketika diajukan soalan demikian semasa dia dan pasangannya, Vivian Lee, 24, meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000.

Bagaimanapun Vivian yang sentiasa menundukkan kepala dan menutup wajahnya, tidak menjawab soalan yang ditanya para wartawan.

Apakah Kerajaan Kita Berdaulat?

Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong), dalam sidang akhbarnya di ibu negara, menolak keputusan Kementerian Pendidikan untuk menambah masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di SJKC. 

Peraturan baru yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu, dikatakan tidak sesuai untuk dilaksanakan di SJKC. Persoalan saya, siapakah mereka? Adakah mereka ini kerajaan?

Isu ini telah dibawa berbincang sekian lama, kerajaan telah membuat keputusan, tetapi tidak pernah ada penyelesaian kerana terus menerus ditentang oleh kumpulan ultra kiasu ini. Apa jua usaha kerajaan untuk penambahbaikan dan memartabatkan BM di SJKC dilihat menggugat bahasa Cina (BC). Akhirnya, kita pun mengalah.

Mempertahankan Hak Islam Dalam Perlembagaan!

Pada 23 April 2009, Kabinet membuat kenyataan bahawa ‘kanak-kanak bawah umur akan mengikut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertukar agama.’ 

Dua bulan kemudian, Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan sebaliknya: “Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam. 

Inilah inti pati yang menjadi pertikaian antara dua pihak berpolemik mengenai Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, yakni satu klausa berkaitan hak penjagaan ibu bapa untuk menentukan status agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. 

Dalam versi asal bahasa Inggeris, bunyinya: “For the purpose of Clause (3), the religion of person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.”

Friday, 26 July 2013

Impian Pembangkang Terkubur!

Calon sesuai serta strategi berkesan oleh jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) adalah antara faktor yang mendorong kepada kemenangan parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kelmarin.
 

Laungan Gelombang Biru yang mengiringi kemenangan calon BN malam semalam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong juga dengan sendirinya menolak kempen 16:16 yang dilaungkan pembangkang.
 

Kemenangan itu mengukuhkan lagi BN dan mengembalikan kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 seperti yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu. Ia juga menafikan hasrat pembangkang untuk mewujudkan DUN tergantung, yang mungkin memaksa satu lagi pilihan raya semula.

Lagi Pasal Bonus Raya!

CUEPACS menyarankan kerajaan negeri menyelaraskan pemberian bonus antara penjawat awam negeri dan Persekutuan yang bertugas di negeri berkenaan bagi mengelak ketidakadilan berlaku dalam pentadbiran di peringkat negeri.

Presidennya, Datuk Omar Osman, menyifatkan tindakan kerajaan negeri memberi bonus lebih tinggi atau bonus tambahan kepada penjawat awam negeri berbanding kadar bonus diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai tidak harmoni serta pilih kasih.


Katanya, bayaran bonus yang menggunakan wang rakyat termasuk wang pembayar cukai perlu diagihkan berdasarkan konsep kesamarataan antara penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Inilah Dugaan dan Cabaran Ramadhan Buat Cikgu Nasir!

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis selepas menerima dua ugutan bunuh, dipercayai berkaitan isu penggunaan bilik persalinan dijadikan kantin sementara di sekolah berkenaan.

Laporan dibuat di Balai Polis Saujana Utama, di sini pagi semalam. Mohamad Nasir memberitahu BH beliau menerima dua ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali selain dikecam dengan kata-kata kesat di laman sosial yang mengganggu emosinya dan keluarga.

“Laporan polis dibuat demi keselamatan saya dan keluarga. Malah, orang ramai turut menghukum saya melalui laman sosial berdasarkan maklumat yang tidak benar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...