Kisah-kisah negatif lampau membabitkan bekas Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib terus diungkit pemimpin pakatan
pembangkang dengan terbaru oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam ucapannya di Felda Lepar Hilir 1 petang semalam, Anwar
menceritakan beliau sendiri telah meminta beberapa pemimpin UMNO
meletak jawatan ketika di tampuk kuasa dulu termasuk Muhammad kerana
dakwanya, mempunyai skandal rasuah.
Namun apabila terdengar teriakan "dia dah masuk Pas" daripada
sebahagian penyokong pembangkang yang mendengar ucapannya itu, Anwar
tidak jadi meneruskan kisah mengenai Muhammad.
"Ha... Ini cerita dululah ni," katanya di hadapan kira-kira 150
orang yang mendengar ucapannya itu termasuk calon PKR Parlimen Paya
Besar, Murnie Hidayah Anuar.
Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung membantah
kemasukan Muhammad ke dalam Pas kerana menganggap pemimpin veteran itu
"tidak bersih".
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...