Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan puji-pujian kepada diri sendiri.
Beliau berkata, dia dan Kit Siang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan Tambun kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat negeri ini yang didakwa tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kalau saya dan Kit Siang bertanding di tempat lama kami, kita pasti boleh menang tetapi kita pilih untuk ke Johor yang belum tentu menang kerana mahu berjuang untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah terus cuba mengambil hati pengundi Melayu apabila menuduh UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang tidak membela nasib kaumnya.
"UMNO tidak membela orang Melayu, sebaliknya hanya membela segelintir orang sahaja termasuk 'UMNO-putera' dan bukannya bumiputera. Perkara sama juga berlaku di kalangan ahli MCA dan MIC," katanya.
Sebaliknya, beliau mendakwa hanya pakatan pembangkang sahaja yang dapat membela nasib semua kaum di negara ini.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...