Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 30 May 2013

Dong Zong : Diberi Betis Nak Peha Pula!

Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima pelantikan dua menteri Kabinet daripada kaum Cina, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching secara terbuka kerana pelantikan itu dibuat atas dasar kredibiliti.
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan tersebut juga adalah ‘bayaran’ kepada persatuan ekstremis Cina itu kerana menolak calon-calon MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Kebanyakan kaum Cina menyokong DAP pada pilihan raya umum lalu dan menolak hampir sebahagian besar calon MCA dan Gerakan yang kebanyakannya berkaliber untuk diangkat sebagai menteri.

‘‘Jadi, kedua-dua calon itu adalah pilihan terbaik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas wakil MCA dan Gerakan menolak untuk berada dalam Kabinet,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar Cina, Nanyang Siang Pau semalam berhubung kebimbangan Dong Zong dengan pelantikan dua menteri berketurunan Cina itu dalam Kabinet kerana mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.

Menurut Dong Zong, kedua-dua pemimpin yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan tersebut, tidak mungkin dapat mewakili mereka secara efektif sekali gus tidak layak digelar wakil kaum itu.

Paul yang juga Presiden Transparency International Malaysia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Mary (Ahli Parlimen Tawau daripada Parti Bersatu Sabah) diangkat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangan Dong Zong itu, Mohamed Mustafa berkata, fasih berbahasa Mandarin bukan syarat untuk melayakkan seseorang itu menjadi menteri.
Katanya, satu-satunya bahasa yang semua warga negara ini wajib fasih adalah bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.

‘‘Dong Zong tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Perdana Menteri itu. Mereka mendapat apa yang layak mereka dapat, jadi mereka harus terima.

‘‘Kerajaan pula tidak perlu lagi melayan kerenah mereka ini. Banyak bantuan telah disalurkan kepada sekolah Cina tetapi berapa banyak daripada mereka ini yang menyokong kerajaan,’’ soal beliau.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...