Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.
"Saya sendiri pernah menemui Jusuf sebelum menjadi Naib Presiden Indonesia dan tahu beliau merupakan sahabat baik Anwar sejak dahulu
"Jika Jusuf sendiri yang telah lama menjadi kawan baik Anwar pun telah ditipu, apatah lagi rakyat biasa di bawah. Sebab itu rakyat perlu menilai semula sokongan mereka kepada Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Jusuf kepada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Anwar telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13 lalu.
Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.
WSJ juga melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim menyifatkan pendedahan Jusuf itu sebagai bukti jelas Anwar hanya berjuang untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata dan bukannya bagi memperjuangkan nasib rakyat.
Katanya, tindakan menolak keputusan pilihan raya cuma alasan bagi mengheret rakyat berhimpun kononnya pakatan pembangkang telah menang.
"Sepatutnya Anwar kena terima keputusan rakyat seperti janjinya kepada Jusuf serta percaya kepada qada dan qadar.
"Jika janji dengan sahabat baik sendiri yang telah banyak membantu pun Anwar tidak mahu tunaikan, bayangkan pula janji dia kepada rakyat biasa. Langsung tiada nilai," ujarnya sinis.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...