Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 26 May 2013

Parti India Bakal Bergabung... Parti Cina Macam Mana?

MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.

Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata, penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu.

"Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, hari ini.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan, cadangan tersebut perlu dibincangkan dulu bersama parti-parti politik terlibat sebelum sebarang keputusan diambil.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...