Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan yang mereka telah
merancang strategi untuk menimbulkan ketegangan sejak dari awal iaitu sejak
mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskan akta-akta itu lagi.
Belum lagi isu Alvivi reda, kini timbul pula isu murid bukan
Islam yang kononnya dilayan seperti hamba dan disuruh makan di dalam tandas
sebagai menghormati murid Islam yang berpuasa. Isu ini menjadi
‘viral’ dalam sekelip mata di mana belum pun sampai 24 jam ia sudah dipetik
oleh media antarabangsa.
Apa yang menarik ialah, gambar yang disebarkan menunjukkan
‘tandas’ sekolah tersebut begitu bersih siap dengan meja makan yang
beralas. Ini bukanlah gambaran biasa di sekolah-sekolah
kebangsaan. Sudah menjadi ‘budaya’ sekolah-sekolah kerajaan
mempunyai tandas yang kotor atau teramat kotor, terutamanya sekolah
rendah. Justeru, melihat gambar tandas yang begitu bersih sudah cukup
untuk menimbulkan keraguan atas isu yang dibangkitkan.
Serangan yang begitu pantas dan meluas ke atas pihak sekolah,
kerajaan dan umat Islam terhadap isu ini menyukarkan penjelasan
dibuat. Namun, apa yang diselidiki kini terbukti bahawa isu
tersebut telah sengaja diada-adakan dengan niat jahat.
Hakikatnya, apa yang dikatakan ‘tandas’ itu adalah sebenarnya
bilik persalinan yang telah ditukar menjadi bilik makan tambahan kerana kantin
sekolah terlalu kecil dan tidak mampu menampung semua
pelajar. Terdapat notis jelas di bilik tersebut yang melarang
sesiapa membuang air di situ, malah paip mandian juga telah diterbalikkan agar
tiada sesiapa yang mandi di situ.
Maka, tidak hairanlah terdapat meja makan yang beralas cantik di
bilik itu. Murid-murid Islam dan guru-guru juga sering makan
di situ dan kadangkala, jamuan makan kecil-kecilan turut diadakan di bilik
tersebut.
Dalam bulan puasa ini, pihak sekolah telah mengambil kesempatan
untuk mengubah-suai kantin bagi membesarkannya. Justeru, murid-murid
bukan Islam disuruh makan di bilik itu untuk keselamatan dan keselesaan mereka
juga.
Jelas, apa yang berlaku ialah Guru Besar sekolah tersebut amat
prihatin terhadap kebajikan murid-muridnya. Malangnya,
keprihatinannya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan menggambarkan
beliau sebagai tidak berhati perut.
Apa yang pasti, pihak yang menimbulkan isu yang tiada isu ini
telah dengan sengaja ingin menimbulkan ketegangan. Ia pastinya telah
dirancang dengan rapi memandangkan ‘parody’ mengenainya di internet juga sudah
dimuat-naik dalam masa tidak sampai 24 jam. Dan apa yang
menarik ialah, mereka menggunakan kaum India pula untuk menyebarkannya agar
kita leka sedikit dengan kaum Cina yang merupakan pihak yang paling giat
melakukan provokasi terhadap Islam. Strategi ini tentunya bertujuan
untuk menimbulkan prejudis antara kaum India dan Melayu pula, setelah berjaya
mencetuskan permusuhan antara Cina dan Melayu.
Pihak berkuasa tidak boleh mengambil ringan dengan melepaskan
mereka yang dengan sengaja menghasut dan menimbulkan ketegangan seperti
ini. Mereka nampaknya terus melakukan ‘serangan’ secara
bersiri dan bertubi-tubi pastinya dengan satu matlamat sahaja, iaitu untuk
mencetuskan huru-hara.
Kita juga pasti bahawa pihak mereka juga sedang menunggu
kenyataan dari pihak kerajaan dan pemimpin UMNO, sekadar untuk menyerang beliau
sebagai rasis! Ini merupakan modus operandi biasa bagi mereka-mereka
yang memusuhi Islam di Malaysia.
Memandangkan Islam yang menjadi taruhan di sini, maka Umat Islam
perlu lebih peka dan rasional dalam menilai dan memberi reaksi mengenai sesuatu
isu. Jangan cepat melatah dan jangan cepat percayakan sesuatu
berita. Pihak yang memusuhi Islam ini nampaknya benar-benar
busuk hati dan ingin mencabar serta menyerang kita. Sesungguhnya,
sudah sampai masa untuk kita memahami bahawa kita tidak ada pilihan lagi,
selain bersatu.
Ini semua berpunca daripada "lembiknya" najib..
ReplyDeleteHebat sungguh saudara Anonymous membuat pengadilan di bulan keberkatan Ramadhan ni.. Sy melihat ianya merupakan siri-siri provokasi untuk menguji sejauhmana ketabahan dan kesabaran kita menempuhi dugaan dan ujian dari Allah.. Inilah dinamakan 'Syaitan / Iblis' yang sentiasa merancang untuk menjahanamkan 'Anak Adam'!
ReplyDelete