Kerajaan
Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol ‘UBAH’ dalam bentuk burung
kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah
setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi
dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan
pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.
Menurut
laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang
mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa
2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan
mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.
Apa
yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang
mahsyur di Hong Kong. Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP
diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang
se-sepet dengannya.
Sesungguhnya,
DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil
enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu. Tidak diketahui
sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas ‘derma’ dan ‘tajaan’
yang diterima bagi menyiapkan burung ini.
Tetapi
yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya
hanya untuk ‘kepuasan dan kegembiraan’ membuktikan betapa mereka begitu
dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan
mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.
Sebenarnya,
cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin
membela atau mempertahankan kaum mereka. Penting untuk semua pihak di negara
ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain.
Jika
politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu
berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang
politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili
kaumnya.
Oleh
itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang
sebagai lambang kuasa kaum mereka. Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan
penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan
anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan
mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.
Maka,
tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta
mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara
percuma.
Ini
kerana, semangat yang mereka ‘jana’ dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan
semangat ‘kenegaraan baru’, bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.
Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka
terhadap kaum Cina.
Namun,
penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang
merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula
sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui
imaginasi musuhnya.
Sudah
sampai masanya orang Melayu membuang sifat ‘tidak apa’ dan ‘tidak mungkin’
dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi
pengajaran agar jangan sesekali ‘mengtidak-apakan’ sebarang bentuk
kebarangkalian?
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...