Manakala perlantikan Husam sebagai Pengarah PRK untuk memujuk
hatinya juga nampaknya tidak begitu dihargai oleh Husam. Sebaliknya, jiwa
raga Husam terus setia bersama Anwar Ibrahim atau PKR. Husam tegar
memikul tanggungjawab sebagai parasit di dalam PAS. Dan
seperti yang kita tahu, misi Husam di dalam PAS ialah untuk merampas jawatan
Presiden.
Seperti ‘saudara-saudaranya’ di dalam PKR, Husam turut berdendam
dengan Hadi, iaitu ‘ulama’ yang menikam belakang PKR di ambang PRU-13
lalu. Kenyataan Hadi mengenai pil kuda benar-benar ‘makan dalam’
bagi PKR. PKR kini sedang berura-ura untuk menyaman Hadi
berkenaan isu itu.
PKR juga mula terfikir mengenai saranan awal DAP agar memboikot
saja PRK K.Besut. Saranan DAP itu adalah bertitik tolak dari
kebimbangan mereka sekiranya PAS menang yang mana akan menyebabkan kedudukan
kerusi Terengganu menjadi seri iaitu 16:16. DAP bimbang jika ini berlaku,
maka PAS dan UMNO akan membentuk kerajaan perpaduan dan semangat perpaduan itu
merebak ke negeri-negeri lain.
Kita yakin PKR juga turut bimbang jika perpaduan UMNO-PAS
berlaku. Walaupun PAS mendapat keputusan tercorot dalam PRU yang
lalu, namun kekuatan PR untuk memanipulasi pemikiran pengundi Melayu hanyalah
atas hakikat kewujudan PAS di dalam pakatan itu. Tanpa PAS, adalah sukar
bagi PKR dan DAP untuk memperdaya orang-orang Melayu agar percaya bahawa mereka
akan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu serta
Institusi Raja-raja di negara ini.
Kebimbangan DAP dan PKR mungkin berasas apabila terdapat risalah
mengenai kerajaan perpaduan mula diedarkan di K.Besut. Walaupun
risalah tersebut dilihat sebagai usaha terdesak PAS untuk menang, namun ia
dikhuatiri mampu mempengaruhi pengundi K.Besut yang mendambakan perdamaian
UMNO-PAS.
Husam cukup maklum akan situasi ini serta amat memahami
kebimbangan PKR dan DAP. Namun, sebagai seorang yang meletakkan
dirinya mengatasi parti dan segala-galanya, Husam lebih mengutamakan peluang
untuk melonjakkan dirinya. Oleh kerana itu, beliau dilihat
membelakangkan terus peranan Hadi Awang dalam PRK Besut, sebaliknya meletakkan
dirinya sebagai orang paling utama di dalam PAS buat masa ini.
Harapannya, PRK K.Besut akan membuktikan bahawa PAS telah
tersilap apabila menggugurkan nama beliau dari sebarang jawatan.
Kesimpulannya, PRK Kuala Besut bukanlah perang UMNO-PAS, tetapi
lebih merupakan peperangan psikologi di dalam minda kepimpinan Pakatan
Rakyat. Ia memperlihatkan betapa kroniknya sikap berpura-puraan
sesama sekutu dan sesama pemimpin mereka. Tidak salah jika dikatakan
bahawa PR pada hakikatnya bukan sekadar retak seribu tetapi telah pun pecah
berderai. Hanya kedegilan dan keegoan sahaja yang memaksa
mereka mengaku yang mereka masih sepakat dan bersatu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...