Bekas Jurutera Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku
Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dipilih sebagai calon Barisan Nasional
bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala
Besut pada 24 Julai ini.
Pemilihan calon muda anak tempatan itu diumumkan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran
jentera UMNO dan pengumuman calon di sini petang ini.
Beliau berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada
gerak kerja yang lebih kuat, Barisan Nasional (BN) mengetengahkan tokoh
yang lebih muda untuk memacu masa depan rakyat dalam kawasan
tersebut.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...