Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini berlangsung penamaan calon
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu
manakala 13 hari selepas itu - 24 Julai sebagai hari pengundian.
Dalam
pertandingan ini yang sudah mengesahkan bertanding ialah calon daripada Barisan
Nasional (BN) dan Pas.
BN
menyandarkan harapan kepada anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37,
seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, manakala Pas
mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.
PRK Kuala
Besut akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah bersedia dengan pasukan
propagandanya atau tidak. BN tidak boleh terlalu yakin atas kemenangan di sana dua bulan
lalu.
Ingat,
Pas dan rakannya PKR dan DAP akan memastikan mereka juga mampu untuk merampas
kerusi itu bagi meletakkan kedudukan DUN 16-16. Apabila ini berlaku maka
kerajaan negeri pun dalam kedudukan tidak stabil - parti mana yang dipilih
untuk memimpin negeri dan menerajui pejabat Menteri Besar.
Merenung
akan bermulanya kempen PRK Kuala Besut, saya ada menerima komen daripada
beberapa pembaca yang mengulas tulisan Pahit-pahit Kopi bertajuk? Pasukan
propaganda UMNO harus dikuatkan" (2 Julai 2013).
Tulisan seorang
pembaca bergelar Benz Soon, dari Alor Setar, Kedah cukup berkesan. Dia menulis
sebagai penyokong BN, hatinya sakit kerana UMNO dan BN kerap menjadi mangsa
cacian dan tempelak pihak pembangkang. Mereka akan guna kesemua media yang
boleh dipengaruhinya untuk hentam BN.
Hati Benz
Soon bertambah sakit kerana BN sendiri langsung tidak ambil peduli apa yang
dikatakan tentang pengaruh pembangkang. Mereka buat tak tau. Anggap itu tak
penting. mereka tidak ada pasukan yang meneliti apa yang diungkit dalam media
siber dan media bercetak, malah membiarkan pembangkang monopoli ruangan.
Beliau
berharap sekurang-kurangnya BN boleh buat blog, website, portal berita atau
komentar untuk diserap ke dalam mesej anti-BN. Malangnya BN tak buat ini.
Apa yang terjadi, bila seseorang buat carian, yang dapat dibaca hanya berita
anti-BN.
Pembangkang
ada Malaysiakini, Malaysian insider dan banyak lagi yang mendakwa neutral
tetapi berbau anti-BN. BN ada buat berapa portal berita pro-BN?
Beberapa
hari lalu Benz Soon ingin mencari blog 1Malaysia, apabila membuat carian di
Google, didapati pihak lawan sudah guna nama 1Malaysia dan bila masuk ada
paparan yang tempelak BN. Adakah BN buat sebegini terhadap parti sendiri?
Apabila
Benz Soon masuk facebook, pihak lawan juga post komentar yang tempelak BN di
ruangan PM. Beliau juga masuk memberi komen yang pedas tempelak Anwar. Tetapi
orang lain tidak buat sebegini.
Penyokong
BN bebas buat komentar, blog pro-BN tetapi bilangan amat sedikit. Salah siapa? Mencaci,
menempelak pihak lawan, mengagung-agungkan diri adalah politik.
DAP tahu
ini. Lim Guan Eng pun tahu. Dia pakar tapi tak tahu mentadbir Pulau Pinang.
Tetapi kebanyakan orang Cina sokong dia dan anggap dia terbaik. Mengapa?
Dia
pandai main psikologi. Bila dia buka mulut saja akan caci BN, UMNO rasis, BN
korup, BN tak adil, BN tak cekap tadbir dan agung-agungkan pencapaiannya.
Dia cukup
berani walau berbohong fakta tanpa malu. Bila BN kritik kerajaan Pulau Pinang
tak buat rumah kos rendah, beberapa hari kemudian dia panggil media dan beri
angka-angka yang dia sudah buat. Siapa benar?
Fakta
Teng Chang Yeow (bekas Pengerusi BN Negeri) benar, tapi Guan Eng cakap dengan
yakin, orang awam percaya dan fikir BN menfitnahnya.
Apa yang
harus UMNO buat ... bukan kita minta BN bercakap bohong seperti DAP, cuma cakap
yang benar, cakap berulang-ulang, cakap sampai rakyat faham dan percaya dan
sedia mempertahankan apa yang diumumkan kalau pihak lawan mempertikai.
Perkara
ini BN/UMNO tak faham. DAP cukup faham. Kalau sesiapa caci BN, jarang pemimpin
BN balas dan jawab. Tetapi kalau BN caci, tempelak mereka, serta-merta mereka
akan lawan. Contohnya, baru baru ini seorang YB BN mendakwa Anwar Ibrahim ada
simpanan akaun, berapa pemimpin pembangkang sudah buat kenyataan
mempertikai.
Utusan
Malaysia juga ada melapor tentang Red Bean Army, pemimpin BN ada sebut berapa
kali, DAP sudah banyak kali caci idea ini, tuduh UMNO guna Utusan untuk tindas
pihak mereka, tempelak idea ini adalah bodoh sekali, mereka ketawakan hal
ini.
Kalaulah
pihak polis siasat, buat tangkapan maka banyak orang yang termakan propaganda
mereka akan berfikir BN lagi menindas pihak lawan guna kuasa polis dan
mahkamah. Ini tak adil, sedangkan perihal kerajaan dibuat mengikut
undang-undang.
Sepatutnya
pemimpin BN kena baca surat khabar yang selalu menyiar kenyataan mereka (contoh
DAP kerap guna surat khabar Cina) baca apa yang dikata, hentam balik. Berilah
jawapan. Tangkis dakwaan yang tidak tepat. Baru-baru ini, Lim Kit Siang dan
pemimpin DAP lain minum ais kacang dan tempelak perkara Red Bean Army adalah
satu jenaka. Apa BN kena buat?
Kata Benz
Soon, kalau dia ahli politik, dia akan buat satu kenyataan ?Lim Kit Siang
qualify for Oscar Award." Kalau Red Bean Army tak benar, mengapa risau?
Biar polis siasat , dan akan tahu faktanya. Kit Siang kalau nak wayang,
masuklah bidang itu, tak usah berpolitik.
Esoknya
dengan komentar pedas ini akan ada reaksi. Beberapa pemimpin DAP akan
hentam balik. Dan saya juga akan balas. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Dengan
proses ini, kedua-dua pihak akan cuba meyakinkan pihaknya yang betul.
Sekurang-kurangnya
melalui cara ini, pembaca akan dapat tahu ada orang mempertikai idea Kit Siang.
Kalau tidak, selalunya dia nampak betul dan BN salah.
Bila Guan
Eng buka mulut, dia akan cakap UMNO rasis, Utusan bias, Utusan rasis, BN tak
adil, BN korup ... ulang dan ulang dalam keadaan berlainan. Dia selalu cari
peluang ungkit hal ini supaya dapat pengaruhi orang supaya benci BN.
Baru-baru
ini Guan Eng kata pakatan akan menang PRU-14 kerana 56 peratus pemuda Melayu
sokong pakatan pembangkang kerana anggap BN korup. Ini
bohong, tapi dia berani cakap, berani bohong, orang pun berani untuk mempercayainya.
Tapi kita tidak nampak pemimpin BN cabar mereka.
Seharusnya
UMNO patut buat kenyataan menyangkalnya. Sekurang-kurangnya BN boleh
ungkit kes-kes rasuah yang berlaku antara mereka, dan tempelak mereka. Baru
perintah lima tahun sudah ada rekod, kalau masuk Putrajaya 10 tahun, tak tahu
apa akan berlaku.
BN kena
selalu ulangi kecacatan mereka, memalukan mereka seperti mereka ulang dan
ungkit kes NFC. Kerana blind spot BN/UMNO nampak tidak benar, banyak masalah, BN tak
adil, UMNO tindas MCA dan Gerakan, sebaliknya pakatan pembangkang dipandang
sebagai politik bernafas baru, memberi harapan baru.
Hati Bens
Soon sakit. Kalau BN lebihkan masa untuk berpolitik, membuat propaganda, sungguhpun
ekonomi tak tumbuh hebat, BN akan menang lagi besar banding PRU-13.
BN kena
pandai caci, tempelak, hentam pihak lawan dan menunjukkan BN adalah parti
politik pilihan yang terbaik untuk semua anak Malaysia. Tidak kiralah kalau BN
dapat mencapai ekonomi yang baik, macam mana pun pihak pembangkang akan ungkit
hal itu dan merosotkan segala pengaruh baik BN.
Pada
hemat Denz Soon, BN harus kurangkan tumpuan pada pentadbiran dan banyak
berfikir bagaimana untuk mengekalkan kuasa. Tanpa menang kuasa politik, semua
rancangan baik pun tidak berguna.
Ini yang
Guan Eng buat. Sebagai Ketua Menteri, dia ada masa lapang pergi ke Johor untuk
menambatkan hati orang Johor supaya PRU-14, mereka akan menang lagi besar dan
selamanya orang Cina tak akan sokong BN.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...