Pembangkang pembela penjenayah! Itulah kesimpulan yang dibuat
beberapa penulis blog ekoran kenyataan terbuka beberapa pemimpin
pembangkang khususnya DAP yang mempersoalkan tindakan pihak polis
menembak mati lima penjenayah dalam kejadian tembak menembak di Pulau
Pinang awal minggu ini.
Blog The Flying Kick (theflyingkick.blogspot.com) misalnya,
menempelak Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan
bagaimanapun pihak polis tahu bahawa kelima-lima mereka yang ditembak
itu adalah anggota Gang 04.
Reaksi yang ditunjukkan oleh Lip Eng itu bukanlah sesuatu yang
menghairankan, memandangkan pembelaan ke atas penjenayah merupakan inti
pati utama perjuangan DAP dan pakatan pembangkang," katanya.
House PK (parpukari.blogspot.com) berkata, cara pemimpin pembangkang mempertahankan penjenayah berat amat mencurigakan.
Sebab sudah lama diperhatikan, bila ada orang awam mati ditembak
(penjenayah) mereka senyap dan kata polis tak buat kerja. Tapi bila
penjenayah mati (ditembak polis) saja maka akan menggelupurlah seluruh
pakatan (pembangkang).
Aku menjadi semakin musykil. Apa kamu semua wahai rakyat Malaysia
tak nampakkah semua ni? Mereka secara terang-terangan menyebelahi
penjenayah!" katanya.
Duke of UMNO (dukeofumno.blogspot. com) pula hairan dengan tindakan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima dari DAP yang tampil
mempertahankan kelima-lima penjenayah yang ditembak polis seolah- olah
beliau tahu mereka tidak bersalah.
Apakah makna seorang wakil rakyat menjadi jurucakap penjenayah yang
ditembak mati tersebut. Apakah yang cuba dilindungi oleh R.S.N. Nayer
ini sehingga cuba menimbulkan syak wasangka terhadap tindakan polis?
Seorang wakil rakyat sepatutnya membantu menguatkuasakan
undang-undang bukannya menimbulkan keraguan dan kemarahan orang ramai
terhadap polis.
Malangnya, wakil rakyat ini melompat dan menyergah" begitu awal
menyalahkan polis. Apakah makna tindakan beliau ini?" persoal blog ini.
Perak Today (peraktoday.net) juga mempersoal tindakan DAP yang
sentiasa terbabit dalam sebarang usaha PDRM mencegah dan memerangi
jenayah sedangkan pada masa yang sama mereka mendabik dada konon
merekalah parti yang memperjuangkan keamanan.
Sudah ramai yang menjangkakan, DAP sedang menyusun gerak dan
melakukan perancangan rapi untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan
tribunal atau suruhanjaya bagi menyiasat pembunuhan kelima-lima anggota
kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan sindiket pembunuh upahan itu.
DAP akan mengaitkan kes berkenaan dengan IPCMC (Suruhanjaya Bebas
Aduan dan Salah Laku Polis ) yang sebelum ini ditolak oleh PDRM. DAP
akan menjadikan kes tersebut sebagai salah laku dan salah guna kuasa
serta senjata oleh polis," katanya.
Anak Seberang (panggungopera.blogspot. com) turut merasa pelik dengan
sikap DAP yang cuba menjadi wira kepada kelima-lima penjenayah terbabit
dengan menggesa ahli keluarga penjenayah terbabit berhimpun dan
menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pihak polis.
Blog ini mendakwa, ada pemimpin parti itu membantu membuat draf
laporan polis dengan mendakwa polis bertindak kejam di samping menyeru
orang ramai mengiringi mayat penjenayah terbabit dan menjadikan mereka
sebagai wira serta menggesa NGO lain termasuk Majlis Peguam, Suhakam
dan Hindraf mengutuk polis.
Apa ini? Ini Malaysia-lah. Kita tak terima kongsi gelap di sini dan
ahli politik yang dapat undi daripada penjenayah dan pembunuh.
Sama-samalah berganding bahu dengan pasukan keselamatan untuk
menjaga negara. Bukannya membela anjing kamu untuk menggigit polis dan
rakyat yang tidak berdosa. Ahli politik macam ini adalah bapa segala
kejahatan sebenarnya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...