Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 16 August 2013

Apa Sudah Jadi? Op Selamat Gagal!

Meskipun kelonggaran dan advokasi diberikan dalam kempen keselamatan jalan raya sekarang, namun jumlah kematian yang terus meningkat direkodkan menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiada pilihan kecuali melaksanakan undang-undang dan peraturan jalan raya secara total pada masa hadapan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, memang ada penurunan daripada segi jumlah kemalangan dicatatkan dalam Op Selamat sempena Aidilfitri kali ini tetapi sikap pengguna jalan raya yang masih di takuk lama dan tidak berubah menyebabkan kemalangan jalan raya tidak dapat dielakkan.

"Saya tidak berpuas hati dengan Op Selamat kali ini. Walau bagaimanapun saya akan tunggu laporan penuh yang dijangkakan diterima dalam tempoh terdekat.

"Melihat kepada situasi ini, saya berpendapat pendekatan penguatkuasaan sepenuhnya perlu dilakukan kerana cara paling berkesan untuk mengubah sikap pemandu ialah dengan 'mengoyakkan' poket mereka," katanya kepada pemberit.

 
Beliau ditanya mengenai pencapaian Op Selamat yang telah bermula sejak 1 Ogos lalu dan akan berakhir pada hujung minggu ini.

Khalid sebelum ini pernah menjelaskan bahawa pihaknya akan melaksanakan penguatkuasaan penuh atau total tanpa kompromi jika Op Selamat yang dilaksanakan sekarang tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...