Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata, penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Sunday, 26 May 2013
Parti India Bakal Bergabung... Parti Cina Macam Mana?
MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.
Peringatan Buat Rakyat Malaysia...
Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata perubahan kerajaan yang mahu dituntut mestilah berpandukan kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang bukannya melalui himpunan di jalan raya.
Perdana Menteri berkata, mana-mana negara pun perlu kepada sistem politik berdasarkan kepada kaedah siapa yang layak memimpin negara melalui perubahan peti undi.
Perdana Menteri berkata, mana-mana negara pun perlu kepada sistem politik berdasarkan kepada kaedah siapa yang layak memimpin negara melalui perubahan peti undi.
Terkini : Anwar Ibrahim Ingkar Perjanjian Damai!
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.
Anwar Bakal Mencari Mangsa Terbaharu?

Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan Man dekat sini hari ini.
Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.
Saturday, 25 May 2013
'Malay First' or 'Chinese Last'?
Seruan memboikot barangan dan perkhidmatan sebagai tindakan terhadap keputusan pilihan raya lalu nampaknya bukan sahaja mendapat perhatian media siber tetapi juga akhbar-akhbar utama. 'Buy Malay First' atau 'Buy Chinese Last' adalah antara seruan yang berlegar.
Keputusan pilihan raya begitu jelas terbahagi dua Pengundi Cina melakukan tsunami Cina dengan menyokong Pakatan Pembangkang di satu pihak dan Barisan Nasional (BN) yang menang dengan rata-rata disokong kuat oleh pengundi-pengundi Melayu dengan bantuan pengundi India di satu pihak lagi.
Satu hasil besar daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah ia menyedarkan orang-orang Melayu betapa orang-orang Cina yang telah pun menguasai ekonomi, kini mahu kuasa politik daripada tangan orang Melayu walaupun sebenarnya ia dikongsi bersama dengan pelbagai kaum lain dalam BN.
Terkini : Azmin Ali Mengaku PKR Berpecah!
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui perebutan sesama rakan sekutu dalam pakatan pembangkang punca parti itu kalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu.
Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR harus bertegas dalam keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berhubung perkara itu.
"Kita bukannya tewas kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kita kalah kerana sesama kita.
"Saya memohon pimpinan parti supaya bertegas dalam perkara ini," katanya ketika penggulungan perbahasaan sempena Kongres Nasional PKR Kesembilan di sini, sebentar tadi.
Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR harus bertegas dalam keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berhubung perkara itu.
"Kita bukannya tewas kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kita kalah kerana sesama kita.
"Saya memohon pimpinan parti supaya bertegas dalam perkara ini," katanya ketika penggulungan perbahasaan sempena Kongres Nasional PKR Kesembilan di sini, sebentar tadi.
Minda Pensyarah Kanan UNIMAS Diracuni!
Seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menggunakan forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini sebagai platform untuk memperlekehkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perbuatan itu dilakukan oleh Ketua Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial Unimas, Dr. Mohd. Faisal Sham Abdol Hazis semasa membentangkan analisisnya tentang kemenangan BN di dua negeri itu pada Forum Pasca PRU-13: Meneliti Hasil, Meneroka Ke Hadapan.
Beliau mendakwa, 'dominasi' BN di Sabah dan Sarawak mempunyai kaitan dengan struktur politik yang tidak demokratik, media tidak bebas, amalan politik autoritarian (strongman politics) dan birokrasi bersifat partisan.
Red Bean Army Punca Racism?
Pasukan keselamatan negara, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa menubuhkan unit teknologi maklumat (IT) bagi menangkis segala pembohongan serta dakwaan yang berniat jahat bertujuan menimbulkan situasi huru-hara dalam negara.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, perkara itu perlu memandangkan ancaman terhadap keselamatan negara dilakukan secara berterusan oleh pihak tertentu khususnya pembangkang menerusi alam maya.
Anwar Benar-Benar Meyusahkan Rakyat!
Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) sudah selesai. Rakyat sudah memilih kerajaan pusat dan kerajaan negeri melalui peti undi. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah berjaya menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan. SPR yang berpengalaman menguruskan pilihan raya wajar diberi pujian. Syabas SPR!
Namun demikian, terdapat pula pihak tertentu yang tidak berlapang dada menerima keputusan rakyat. Mereka mengadakan siri ceramah berbaur hasutan dan fitnah. Mereka cuba menghasut rakyat yang sepemikiran dengan mereka membuat huru-hara melalui pelbagai cara sangat kotor seperti menggulingkan kerajaan yang sah melalui apa yang mereka katakan Malaysia Spring.
Subscribe to:
Posts (Atom)