"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Wednesday, 10 July 2013
Maksud Tersirat 1 7 5 8; Kurang Ajarnya Rakyat Malaysia!

Polis Singapura telah mengambil tindakan ke atas 55 orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam demonstrasi membantah keputusan pilihan raya umum negara itu di Merlion Park, di sini pada 8 Mei lalu.
Menteri Dalam Negeri Kedua Singapura, S. Iswaran bagaimanapun berkata, pihak berkuasa sedang menilai tindakan yang akan diambil ke atas empat orang lagi rakyat Malaysia.
''Kesemua yang disiasat dalam demonstrasi tersebut merupakan warga asing (merujuk kepada rakyat Malaysia),'' katanya pada sidang Parlimen di sini hari ini.
Bonus Mega Penjawat Awam...
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.
Rupa-Rupanya Cina Kurang Diajar!
Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah
menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di
peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara,
sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.
Titah baginda, kerajaan perlu mengasuh kanak-kanak melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian sejak awal untuk turut menghormati simbol lain seperti bendera supaya tidak terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian.
Tanpa pendidikan sedemikian, baginda khuatir akan muncul lebih ramai individu seperti pengguna Facebook dengan nama Melissa Gooi yang baru-baru ini ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong akibat kejahilannya tentang fungsi raja-raja di negara ini.

Tuesday, 9 July 2013
DAP Semakin Tertekan!
Timbalan Ketua Dewan
Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP,
Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap
parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan
Persekutuan.
Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan.
Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Karpal Singh Berbahaya!
Ahli Pas yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP),
Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas perlu komited dan istiqamah
dalam mempertahankan teguran yang disuarakan Penolong Setiausaha Agung
parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Menurutnya, tiada siapa boleh menafikan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang telah tercatat dalam Perlembagaan dan semua pihak harus menghormati peruntukan berkenaan termasuk tidak mempertikaikannya.
"Apa yang ditegaskan Takiyuddin itu benar, jadi Pas perlu mempertahankannya dan saya harap semua ahli serta pemimpin Pas beristiqamah terhadap perkara ini.
"Jangan menukar pendirian ini sama seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti sebelum ini berhubung beberapa isu lain pernah yang dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Orang Muda Pertahan Kuala Besut!
Bekas Jurutera Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku
Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dipilih sebagai calon Barisan Nasional
bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala
Besut pada 24 Julai ini.
Pemilihan calon muda anak tempatan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera UMNO dan pengumuman calon di sini petang ini.
Beliau berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada gerak kerja yang lebih kuat, Barisan Nasional (BN) mengetengahkan tokoh yang lebih muda untuk memacu masa depan rakyat dalam kawasan tersebut.

SPR Mula Bersuara!
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen
di beberapa negeri yang mempunyai angka genap akan ditambah supaya
menjadi angka ganjil dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya
bagi mengelak situasi DUN dan Parlimen 'tergantung'.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan menjadikan bilangan kerusi genap kepada ganjil merupakan antara pertimbangan dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bermula hujung tahun ini.
"Inilah salah satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan semula. Bagi negeri-negeri dan Parlimen yang mempunyai bilangan kerusi genap, kita akan lihat di mana yang sesuai dan kita akan jadikan nombor ganjil.

DAP Bakal Mengamuk!
Empat perkara yang termaktub
dalam perlembagaan termasuk yang membabitkan kedudukan agama Islam
sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan
terbuka kepada pertikaian sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua lagi perkara itu adalah berkenaan kedudukan Raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu.
"Jika Akta Hasutan dihapuskan secara keseluruhannya, 'pihak berkenaan' berhak untuk sentuh empat perkara ini yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang mahu sentuh perkara-perkara ini. Mereka yang sentuh salah satu daripada empat perkara ini akan dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 seperti sedia ada," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)