Masakan
tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada
titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan
masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum
ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran
pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.
Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.
Mungkin
berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain, Perdana Menteri
telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3
majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).
Malah
sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU),
sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist,
telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13. Ia berdasarkan kepada rekod
pencapaiannya yang baik, agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan
ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.
Terbaru
Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan
kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam
pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan
keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.
Contohnya
Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan
merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.
Program
tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan
masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang
tinggi untuk semua. Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020
– untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Menurut
pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah
semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang, berbanding pakatan pembangkang
yang hanya mampu membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa.
Pakatan
pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk
bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas
dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur
lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli
rumah.
Di
Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai
hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan
raya yang lalu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...