Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehubungan itu pengundi tidak sepatutnya mengambil faktor calon sahaja dalam membuat keputusan.
"Pengundi kena ingat, kalau undi calon Bebas, ia hanya memenuhi kehendak dan selera calon itu sahaja," katanya pada majlis penyampaian program Peningkatan Hasil Pertanian Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat hari ini.
Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), calon Bebas tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, oleh itu pengundi perlu membuat pilihan yang bijak.
Mengulas tindakan segelintir artis bertanding pada PRU-13, Noh menyifatkan mereka sebagai sekadar mencari populariti dan berkata, calon yang bertanding terdiri daripada artis tahun 1980-an yang sudah lama tidak diberi publisiti oleh media.
"Herman Tino (Masrun Tamsi) baru dua hari lepas kata nak sokong saya, tapi tiba-tiba jadi calon (di Parlimen Tanjung Karang) sebab ada orang taja," katanya.
Menyentuh mengenai Selangor, Noh berkata, tindakan kerajaan negeri dipimpin parti pakatan PKR-DAP-Pas menolak projek kerajaan pusat kerana kepentingan politik, mengakibatkan rakyat Selangor terpaksa menanggung beban dan dinafikan pembangunan yang diterajui kerajaan pusat.
"Kita sudah kira 17 tahun dahulu yang bekalan air di Selangor akan kurang, jadi kita rancang Langat 2. Kerajaan Persekutuan sudah lulus dan tinggal tandatangan sahaja, itupun mereka (kerajaan negeri Selangor) tidak mahu beri," katanya sambil menambah kekurangan bekalan air di Selangor mengakibatkan 440 projek melibatkan 800 kilang, 20,000 rumah, hotel dan sekolah tergendala.
Beliau berkata, jika kerajaan BN diberi mandat untuk memerintah semula Selangor, projek di bawah Dasar Agromakanan Negara akan diteruskan manakala tanah di Sungai Buaya akan dikembalikan kepada peneroka.
Kerajaan juga bercadang membina institusi pendidikan tinggi di tapak asal kampus UiTM sebagai ganti akibat pembinaan kampus itu dipindah ke Melaka.
Pada majlis itu, Lembaga Pertubuhan Peladang mengagih bantuan bernilai RM300,000 berbentuk anak pokok, anak ayam serta alatan pertanian kepada kira-kira 1,000 anggota Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...