Beberapa
persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar
mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.
Pertama
temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol
di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.
Ketika
parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan
menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di
Paris bertemu dengan wartawan asing.
Di sini
rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk
menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur
di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan
agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.
Kedua,
wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang
pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya
dan senario politik Malaysia.
Mengapa
Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar
adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang
hebat seperti George Parker, Jim Packard, Philip Stephens dan lain-lain.
Isu-isu
ang dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan
kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan
pembangkang yang diketuainya.
Beliau
merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang
mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli
biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh
hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun.
Ramai
ahli UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki
tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati
gelaran Yang Berhormat.
Umpamanya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik
selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran
negara.
Anwar
memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan
sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethni
Mungkin
disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa
kewujudan Malaysia dan kemerdekaan ang dicapai oleh negara ini pada 1957 adalah
hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu, Cina,
India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Formula
muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan
diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Anwar
juga berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan
mungkin menjadi mangsa pembunuhan politik.
Ini
adalah satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga
wayang sakit tulang belakang dan isu arsenik.
Bagi mereka
yang masih ingat, timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau
menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba
membunuh Anwar melalui keracunan arsenik.
Pembangkang
mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut
Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup
segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula!
Anwar
juga berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai
banduan diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di
seluruh negara ini dilayan seperti itu.
Jika
benar perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya
Hak Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya, Suaram seperti
mana dalam isu Scorpene.
Jika
pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung
kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan, apatah lagi apabila ia
melibatkan beribu-ribu individu lain?
Tuduhan
Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan
kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat
diidamkannya itu.
Financial
Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari
kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu
bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar
daripada kesilapannya.
Sebenarnya
Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah
menganggotai pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai
ketua pembangkang.
Ia
tetap seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh
Financial Times.
Anwar
adalah seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju
politiknya bagi mengaburi mata musuh dan taulan.
Dalam
kosa kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi, semua yang mampu
ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin.
Yang
penting bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi
Zionis-Yahudi yang memainkan peranan utama dibelakangnya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...