Sesetengah pihak melihat pencalonan dua Naib Presiden Pas, Datuk
Husam Musa ke Parlimen Putrajaya dan Salahuddin Ayub ke Pulai, Johor
merupakan kemuncak kepada keyakinan pucuk pimpinan Pas dalam usaha
mereka menawan Kerajaan Pusat. Hal ini boleh dilihat daripada kenyataan
kedua- dua calon berkenaan, yang menaruh keyakinan bahawa sokongan
mereka adalah mantap di kawasan Parlimen berkenaan.
Namun kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik di Parlimen
Pulai dan Putrajaya, tindakan (pencalonan kedua-duanya oleh Pas Pusat)
tidak lebih sekadar percubaan Pas dalam menguji kekuatan sebenar di luar
kubu tradisional mereka.
Sebagai sebuah parti yang berpengalaman dalam 13 kali pilihan raya,
Pas dilihat terlampau yakin dalam perancangan mereka kali ini. Pulai
diwarisi oleh Datuk Nurjazlan daripada bapanya, Datuk Mohamed Rahmat
(Allahyarham) manakala Putrajaya secara tradisinya adalah kubu lambang
kekuatan UMNO/BN yang akan dipertahankan dengan segala kekuatan.
Ramai yang menganggap taruhan kedua- dua naib presiden itu tidak
lebih sekadar 'tikus ujian' kepada Pas. Jika mereka benar-benar serius,
parti itu boleh mencalonkan heavyweight mereka ,Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sesetengahnya pula meletakkan harapan kemenangan kedua-dua orang kuat
Pas itu hanya lebih sedikit berbanding peluang Cikgu Fareez Musa
melawan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan ataupun mana-mana calon yang
melawan Timbalan Presiden UMNO di Pagoh.
Pandangan lebih nakal melihat pencalonan itu seperti tindakan
membunuh karier politik kedua-dua tokoh muda itu. Realitinya di Pulai,
penyandangnya Nurjazlan menang selesa dengan majoriti besar 34,926
manakala di Putrajaya penyandangnya Datuk Tengku Adnan memperolehi
hampir tiga perempat undi.
Kedua-duanya jumlah itu adalah luar biasa,
lebih-lebih lagi jika dilihat dalam konteks dan suasana PRU 2008.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...