Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada
pembangkang berhenti memperlekeh pertubuhan itu berhubung pelantikan
Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P.
Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa menghormati keputusan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Waythamoorthy dan
yakin pemimpin itu mampu membawa perubahan besar kepada kedudukan
sosioekonomi masyarakat India.
Menurutnya, keputusan Najib untuk tidak melantik mana-mana pemimpin
Perkasa dalam barisan Kabinet baharu tidak sepatutnya menjadi isu kerana
perjuangan Perkasa bukan bagi mengejar jawatan.
"Tindakan tidak bermoral ahli-ahli pembangkang melaga-lagakan Hindraf
dan Perkasa membuktikan sikap sebenar mereka yang sakit jiwa kerana
terus menjadikan kami sasaran dalam pelbagai isu.
"Amat melucukan kerana pembangkang menyindir dan memperlekeh Perkasa
termasuk mendakwa kami 'dibakulsampahkan' dalam pembentukan Kabinet kali
ini sedangkan kami tidak pernah beranggapan begitu," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan blog pembangkang yang memperlekeh Perkasa dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain dengan mendakwa suara
mereka diketepikan kerajaan berikutan pelantikan Waythamoorthy dalam
Kabinet.
Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd
memang cantik ..fahaman perkasa dlm soal perjuanggan nya jelas..kerana, agama, bangsa dan negara..yakin dan setia pada Negara..tahniah pada tok ali..dgn member nya..berpehak pada yg Benar..agar trus meneraju perkasa..untk smangat pada ahli 2..untk trus brjuang..
ReplyDelete