Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, perkara itu dirumuskan pada hari pertama Perjumpaan Khas Perkasa yang diadakan di Institut Budaya Baru, di sini hari ini.
Menurut beliau, keputusan itu diambil memandangkan kini terdapat kira-kira 2.5 juta orang Melayu tidak berdaftar sebagai pengundi sekali gus merupakan perkembangan membimbangkan terhadap masa depan kuasa politik orang Melayu.
"Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan serius dan segera, akan ada pertambahan kira-kira 1.5 juta orang Melayu yang tidak berdaftar sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 menjadikan jumlah keseluruhan 3.8 juta orang Melayu tidak berdaftar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, jawatankuasa bertindak khas yang diputuskan itu akan dipengerusikan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail manakala bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula bertindak sebagai Penasihat.
Katanya, taklimat mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan hari ini juga mendapati sebahagian besar orang Melayu tidak menganggap mendaftar sebagai pengundi sebagai tanggungjawab besar.
"Ini adalah masalah serius yang boleh menghakis kuasa politik orang Melayu dan merupakan kelemahan semua parti-parti Melayu sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.
Dalam pada itu, menurut Syed Hassan, Perkasa dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) peringkat daerah dan negeri dari Julai hingga minggu pertama September ini dan bagi peringkat Pusat pula hujung September ini.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...