Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 28 June 2013

NGO Pro DAP Bidas Guan Eng!

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP membidas tindakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang seolah-olah memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah sebagai 'skrip' yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, kenyataan tersebut amat keterlaluan kerana Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP seperti menidakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terus mempertahankan undi popular yang diperoleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng yang masih menyifatkan BN sebagai kerajaan minoriti menunjukkannya tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf pembentukan sesebuah kerajaan berdasarkan jumlah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum.

"Guan Eng sepatutnya cermin diri sendiri dahulu sebelum keluarkan kenyataan sedemikian.

"Kenyataannya amat keterlaluan. Ini bukan drama atau sandiwara yang perlu dibuat skrip," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng mendakwa titah Seri Paduka dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 telah disediakan oleh BN.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini mendakwa PRU-13 adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan pembangkang sepatutnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.

Rahmad memberitahu, Yang di-Pertuan Agong merupakan payung negara yang membela semua kaum dan etnik dan tidak seharusnya titah Seri Paduka dipersenda.

"Jika demikian sikap Guan Eng, saya tidak hairan sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara, sistem institusi raja-raja Melayu akan terhakis," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...