Sebelum menyalahkan pihak lain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng perlu menasihati rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih
dahulu yang terus mengadakan siri perhimpunan haram kerana tindakan itu
lebih menakutkan kemasukan pelabur asing.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa
Sheikh Fadzir berkata, tindakan Anwar yang cuba mencetuskan keadaan
huru-hara dengan mengadakan siri perhimpunan haram dilihat lebih
berkesan menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini.
Tegas beliau, Guan Eng tidak perlu bersandiwara dalam isu itu dan menyalahkan pihak lain termasuk Utusan Malaysia kerana jelas pakatan pembangkang sendiri yang lebih ghairah bertindak di luar batas undang-undang.
"Siapa yang menakutkan pelabur untuk masuk? Bukan salah Utusan Malaysia melaporkan perkara sebenar tetapi pembangkang sendiri yang sibuk berhimpun di sana sini.
"Jika siri perhimpunan haram yang disokong oleh DAP dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) terus dilakukan, jangan salahkan pihak lain
sekiranya pelabur takut untuk datang melabur di sini," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...