Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng?
Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.
Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis
Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada
bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.
Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak
memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan
dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan
Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam
PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya,
Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair
pada 26 Jun lalu.
Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas
akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil
tersebut.
Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan
raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti
pakatan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...