Ahli DAP berketurunan India didakwa bakal menjadi
mangsa yang tidak akan dipilih untuk menyertai DAP baharu sekiranya
pendaftaran parti itu dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali
Abdul Rahman yang menyatakan perkara itu memberitahu, kumpulan pertama
yang pastinya disingkirkan oleh 'geng' pemimpin tertinggi utama DAP
adalah 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi dalam pemilihan
Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) lalu.
''Oleh itu, memang benar perkara ini berlaku (dakwaan pemindahan
pemilikan aset DAP). Mereka pindah atas nama-nama orang kepercayaan dia
(Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng) dengan harapan parti kini dibatalkan
dan tubuh yang baharu serta semua dianggotai oleh geng dia.
''Ini memang rancangan dia (Guan Eng dan bapanya). Kebanyakan yang
dia nak singkirkan ialah ahli India terutama 753 orang itu,'' katanya.
Beliau mengulas dakwaan aktivis MIC, Datuk R. Ramanan baru-baru ini
bahawa DAP sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang
bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan
lama dalam parti itu.
Aktivis itu mendakwa, rancangan tersebut dipercayai berkait rapat
dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula
pemilihan CEC.
Mohamed Razali menggesa Setiausaha Agung DAP itu supaya
berterus-terang dan menjawab dakwaan tersebut sekiranya tidak benar demi
memberi kelegaan kepada semua ahlinya terutama ahli berketurunan India.
''Saya harap dia berterus-terang meskipun saya yakin dia tidak akan
berbuat demikian. Guan Eng pandai putar belit kononnya dia sahaja yang
baik. Dia akan buat apa sahaja bagi meneruskan 'Dinasti Lim','' katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...