Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah
seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti
Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu,
bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan
mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan
dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding
pengasas DAP itu sendiri.
Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan'
Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.
Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang
secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding 'pemimpin'
lain dalam parti.
"Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin
Peng yang meninggal dunia baru-baru ini. Rata-rata pemimpin DAP
menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP
dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand,
blog juga penuh dengan cerita Chin Peng. Devan Nair langsung tiada.
"Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan
Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair
seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan
keadaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia.
Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi
kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964
iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.
Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.
Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.
Kata Manoharan lagi:
""Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah
ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau
kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata
beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.
"Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti
ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu
perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab
menjaga sejarah ini."
Manoharan turut memuji parti Gerakan yang meskipun didominasi oleh
kaum Cina, namun masih tetap meletakkan potret pengasas dan Presidennya,
Syed Hussein Alatas di pejabat parti itu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...