Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMcedel), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menafikan dakwaan
bahawa kononnya beliau merupakan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM itu
menolak dakwaan beberapa blogger dalam laman media sosial kononnya
beliau merupakan sahabat baik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
itu.
"Mereka ungkit saya kenal Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar
pada tahun 1970-an. (Datuk Seri Dr. Ahmad) Zahid Hamidi dan (Tun) Dr.
Mahathir (Mohamad) baik dan kenal dengan Anwar lebih lama.
"Kalau
setengah tu jumpa Anwar cium tangan. Saya boleh kira menteri jumpa
Anwar cium tangan. Saya tak pernah cium tangan Anwar," katanya.
Dr.
Mohammad Redzuan ditemui selepas membentangkan Kajian Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang di Universiti Malaya
di sini hari ini.
"Saya punya sasaran lebih kepada akademik
sebenarnya. Saya tidak layan sangat blogger ini yang tiga perempat
daripada mereka tidak betul.
"Saya membentangkan kajian secara akademik, oleh itu bincang secara akedemik," tegas Dr. Mohammad Redzuan.
Dr.
Mohammad Redzuan menjadi sasaran beberapa blogger di laman sosial
apabila kajian yang dilakukan UMcedel didakwa cenderung memihak kepada
Pakatan Rakyat.
Dr. Mohammad Redzuan antara lain didakwa merupakan kawan Anwar dan menjadi alat perang saraf kepada Ketua Pembangkang itu.
Sumber : Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...