Darahsatriadotcom

Followers

Saturday, 29 June 2013

Jadi Bangsa Malaysia!

Usaha mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini bukan satu masalah besar, sekiranya masyarakat berbilang kaum tidak memperbesarkan titik perbezaan, sebaliknya mencari persamaan sebagai 'orang Malaysia'.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata walaupun berpegang kepada prinsip orang Malaysia, ia tidak mengikis dan menafikan identiti masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini. 


Katanya, tidak menjadi masalah bagi setiap individu negara ini untuk mengekalkan identiti kaum masing-masing, namun di peringkat nasional ataupun antarabangsa mereka perlu tampil sebagai orang Malaysia tanpa perlu ada jalur ektnik ataupun kaum. 

Imaginasi Anwar Sangat Melampau!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.
 
Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. 

"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133. 

Anwar Mewakili Parti Tidak Popular!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti yang paling ditolak rakyat sekiranya pembangkang masih mahu menegakkan soal undi popular bagi menentukan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata, perkara itu berikutan PKR hanya memenangi 30 kerusi Parlimen berbanding 99 kerusi yang ditandingi.

Jelasnya, prestasi PKR adalah amat buruk sekiranya dibandingkan DAP yang menang 38 kerusi berbanding 51 kerusi Parlimen yang ditandingi manakala Pas pula memenangi 21 kerusi daripada 73 kerusi.

"PKR kalah di 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, boleh kita katakan PKR adalah parti yang paling ditolak rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling tidak popular.

Pertembungan Getir Buat BN!

Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pastinya bakal merasai suasana sambutan Aidilfitri lebih awal atau lebih panjang tahun ini, jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam bulan Ramadan atau Syawal.

Kerusi DUN berkenaan ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari.

Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Annuar Tempelak Anwar!

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menempelak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berpada-pada ketika menyerang kerajaan dan tidak bersifat talam dua muka hanya kerana berada di pihak dan situasi berbeza. 

Annuar menganggap ada tindakan Penasihat PKR itu menggambarkan masih tidak dapat menerima kenyataan kemenangan PRU-13 berpihak kepada BN.



Beliau berkata, perubahan ketua pembangkang begitu ketara sejak berpindah tempat duduk dalam Dewan Rakyat, seolah-olah menjadi orang lain walaupun sebenarnya rakyat boleh menilai setiap tindakan, sama ada konsisten atau sebaliknya.

Aset DAP Dipindah Milik?

DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
 
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

Friday, 28 June 2013

Terima Kemenangan, Kemudian Berdamai!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pakatan pembangkang, diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu sebelum meneruskan usaha damai antara kedua-dua pihak.
 
Dalam wawancara disiarkan majalah politik Indonesia, Tempo, Najib mendedahkan, Anwar telah menandatangani perjanjian damai disaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, namun sehingga kini masih tidak memperakui keputusan itu secara rasmi.

"Mereka perlu menerima keputusan pilihan raya terlebih dahulu. Itu merupakan kandungan utama perjanjian tersebut dan Anwar sendiri telah menandatanganinya. Kami (BN) terus memerhatikan perkembangan (pasca pilihan raya)," katanya ketika dipetik dalam edisi online majalah Tempo hari ini.

Hebatnya Putar Belit Teresa Kok...

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengakui, artikel 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' tidak menyatakan namanya secara spesifik.

Beliau mengakui artikel itu hanya menyebut dua nama iaitu Ketua Pembangkang ketika itu, Dr. Mohammad Khir Toyo dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Teresa memberikan keterangan dalam perbicaraan kes saman RM30 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap kolumnis Datuk Mohd. Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan.

Saman itu berhubung artikel tersebut yang diterbitkan di kolum Cuit pada 10 September 2008 yang didakwa diterbitkan dengan niat jahat.

NGO Pro DAP Bidas Guan Eng!

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP membidas tindakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang seolah-olah memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah sebagai 'skrip' yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, kenyataan tersebut amat keterlaluan kerana Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP seperti menidakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terus mempertahankan undi popular yang diperoleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng yang masih menyifatkan BN sebagai kerajaan minoriti menunjukkannya tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf pembentukan sesebuah kerajaan berdasarkan jumlah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum.

Karier Politik Najib Bakal Dibunuh!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.

"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...