Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di
sini esok didakwa mempunyai agenda tersembunyi pihak asing yang ingin
mengembangkan fahaman pluralisme agama di negara ini.
Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, kegagalan
pakatan pembangkang menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) lalu turut mengakibatkan fahaman pluralisme agama
sukar disebarkan secara meluas khususnya dalam kalangan umat Islam.
"Umat Islam diminta jangan menghadiri perhimpunan haram sebab
perbuatan itu seperti memberi sokongan kepada golongan yang
memperjuangkan agenda pluralisme agama.
"Kita perlu ingat UMNO sememangnya konsisten tidak membenarkan
kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi Pas dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) berpendirian sebaliknya
''UMNO sebagai tunjang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa
komited dalam mempertahankan kesucian agama Islam," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun mengulas kedegilan pihak pembangkang untuk meneruskan
penganjuran perhimpunan haram di Padang Merbok di sini esok walaupun
tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Beliau turut mengecam Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kerana
mengeluarkan kenyataan kononnya peserta yang terkorban ketika menyertai
perhimpunan haram itu sebagai mati syahid.
Tegasnya, hanya orang Islam yang terkorban dalam perjuangan
mempertahankan ketauhidan Allah SWT dan kesucian agama layak dianggap
mati syahid.
"Bagaimana boleh mati syahid sedangkan Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya memberitahu, perhimpunan haram tersebut hanya bertujuan memenuhi kehendak politik pihak tertentu.
Jelas beliau, keangkuhan pakatan pembangkang menolak kemenangan BN
pada PRU-13 telah menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat khususnya
sesama umat Islam.
"Terimalah apa sahaja yang diputuskan oleh rakyat dan jika tidak
berpuas hati, tunggu sahaja keputusan mahkamah terhadap petisyen yang
dibuat," katanya.
Aminuddin turut menyatakan kebimbangannya tentang campur tangan pihak
asing yang didakwa membantu dari segi kewangan bagi menjayakan
perhimpunan haram tersebut.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...