Perbuatan itu dikesan dilakukan melalui laman-laman blog, Facebook dan Twitter yang antara lain mahu peserta perhimpunan melakukan provokasi ke atas polis.
Dalam status akaun Twitter, seorang aktivis pembangkang secara terbuka menyatakan kejayaan perhimpunan tersebut adalah apabila tiga trak polis berjaya diterbalikkan, dua kenderaan water cannon berjaya ditumbangkan dan tiga bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya dipunahkan.
Kemudian, aktivis itu turut memuat naik satu lagi status yang menyebut, jika tidak, himpunan esok adalah gagal.
Selain itu, turut disebarkan dalam laman Facebook adalah beberapa kaedah berserta lakaran gambar yang perlu dilakukan oleh perusuh sekiranya berhadapan dengan polis.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...