Khalid terlelap ketika sidang media diadakan selepas majlis angkat sumpah pagi semalam.
Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
kelihatan terlelap seketika ketika sidang media diadakan selepas majlis
angkat sumpah pagi semalam.
Abdul Khalid yang ketika itu sedang mengucapkan tahniah kepada
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, Timbalan
Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad serta dua EXCO, Datuk Teng Chang Khim dan
Iskandar Abdul Samad, pada mulanya bercakap dengan nada perlahan sebelum
terlelap.
Beliau bagaimanapun dikejutkan Hannah yang duduk di sebelah kanannya
sebelum sidang media itu diteruskan Speaker wanita pertama Selangor itu.
Bagaimanapun, Abdul Khalid sekali lagi terlelap menyebabkan
seorang pegawainya menghentikan sidang media berkenaan bagi membolehkan
Abdul Khalid beredar dan berehat.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah
Husin, berkata ia mungkin berlaku kerana Abdul Khalid terlupa ubat darah
tinggi yang diambilnya sebelum itu boleh menyebabkannya mengantuk.
Persoalannya sekarang, adakah ubat darah tinggi menyebabkan mengantuk? Atau Khalid Ibrahim sudah tidak berupaya memegang jawatan Menteri Besar? Pasti Azmin Ali ada jawapannya!
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...