Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyiasat secara terperinci kegiatan kumpulan itu yang dikaitkan sebagai tentera siber propembangkang dan didakwa menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah bagi menggugat keamanan dan perpaduan negara ini.
"Kerajaan perlu menyiasat perkara ini dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik pertubuhan "Red Bean Army" dan tindakan tegas perlu diambil jika mereka didapati terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kewujudan kumpulan itu amat membimbangkan kerana mereka mampu mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya golongan belia melalui medium siber, khususnya laman sosial.
"Kumpulan ini banyak memainkan isu berkaitan perkauman dan kita takut mereka akan memecahbelahkan perpaduan dan menghancurkan institusi dalam negara ini," katanya.
Nadzim berkata pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara itu secepat mungkin.
Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP Shen Yee Aun, antara yang mendedahkan kewujudan "Red Bean Army" itu kepada media arus perdana dengan menggambarkan kumpulan itu sebagai warga profesional yang memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang kerajaan, tetapi juga rakyat biasa yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...