Darahsatriadotcom

Followers

Saturday, 22 June 2013

Azmin Ali Gelabah Dan Ketakutan!

Berikut kenyataan penuh bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berhubung dakwaan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mengenai cubaan pembangkang menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar dengan wang tunai berjumlah RM3 juta.

Pendedahan Rahimi yang disiarkan Buletin Utama TV3 malam semalam menyatakan pembangkang cuba menawarkan wang tunai itu kepada keluarga Sirul dan sebagai balasan, bekas anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK) tersebut perlu membuat pengakuan palsu berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Saya menyokong kenyataan Rahimi semalam dan saya minta Azmin Ali perjelaskan siapakah Rohizam dari Sri Gombak yang pergi melawat Sirul pada 17 Februari lalu. Saya juga ingin bertanya betulkah Azmin yang telah mendorong Rohizam untuk buat lawatan tersebut.

Agenda Pluralisme Agama Niat Utama Perhimpunan!

Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di sini esok didakwa mempunyai agenda tersembunyi pihak asing yang ingin mengembangkan fahaman pluralisme agama di negara ini.
 
Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, kegagalan pakatan pembangkang menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu turut mengakibatkan fahaman pluralisme agama sukar disebarkan secara meluas khususnya dalam kalangan umat Islam.

"Umat Islam diminta jangan menghadiri perhimpunan haram sebab perbuatan itu seperti memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan agenda pluralisme agama.

Provokasi Makin Menjadi-Jadi...

Beberapa lakaran yang disebarkan melalui laman Facebook oleh penyokong pembangkang berhubung cara-cara untuk melakukan provokasi ke atas anggota polis ketika menyertai perhimpunan haram tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbok, Kuala Lumpur.


Pakatan pembangkang semakin ghairah melancarkan provokasi dengan tujuan untuk mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok.

Perbuatan itu dikesan dilakukan melalui laman-laman blog, Facebook dan Twitter yang antara lain mahu peserta perhimpunan melakukan provokasi ke atas polis.

Khalid Ibrahim Cipta Sejarah Tersendiri!

Khalid terlelap ketika sidang media diadakan selepas majlis angkat sumpah pagi semalam.
Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelihatan terlelap seketika ketika sidang media diadakan selepas majlis angkat sumpah pagi semalam. 
 
 Khalid terlelap ketika sidang media  
 
Abdul Khalid yang ketika itu sedang mengucapkan tahniah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad serta dua EXCO, Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad, pada mulanya bercakap dengan nada perlahan sebelum terlelap. 

Beliau bagaimanapun dikejutkan Hannah yang duduk di sebelah kanannya sebelum sidang media itu diteruskan Speaker wanita pertama Selangor itu.

Suruhanjaya DiRaja Untuk 'RBA'...

Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menggesa kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kegiatan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Red Bean Army".

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyiasat secara terperinci kegiatan kumpulan itu yang dikaitkan sebagai tentera siber propembangkang dan didakwa menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah bagi menggugat keamanan dan perpaduan negara ini.

"Kerajaan perlu menyiasat perkara ini dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik pertubuhan "Red Bean Army" dan tindakan tegas perlu diambil jika mereka didapati terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pendedahan : Malaysia Bakal Terancam!

Peserta perhimpunan haram di Padang Merbok Sabtu ini didakwa menerima arahan daripada pemimpin pakatan pembangkang supaya menimbulkan provokasi supaya ditangkap beramai-ramai oleh pihak polis.

Menurut sumber, arahan itu adalah kehendak seorang pemimpin kanan pembangkang yang bertujuan supaya tindakan itu boleh dijadikan isu sekali gus memburukkan kerajaan.

"Selain menimbulkan huru-hara, peserta juga diarahkan untuk 'memancing' pihak polis agar ditangkap beramai-ramai sekali gus dijadikan isu," katanya di sini hari ini.

Friday, 21 June 2013

Anwar Tutup Ketakutan!

Rakyat perlu sedar bahawa tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret mereka dalam perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini adalah semata-mata untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

Sikap Hipokrit, Dua Alam Anwar...

Sikap hipokrit Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengajak rakyat menyertai perhimpunan di ibu kota Sabtu ini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu seolah-olah cuba memperbodohkan para penyokong pembangkang.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana Anwar secara jelas mengiktiraf keputusan PRU-13 apabila mengakui beliau serta 88 ahli Parlimen pembangkang lain akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Katanya, sikap hipokrit atau ditafsir beliau sebagai 'amalan politik dua alam' Anwar itu amat mengecewakan sedangkan sebelum ini pemimpin pembangkang itu heboh dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah berkenaan.

Petugas PRU13 Sabotaj Diambil Tindakan...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.

Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.


Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 

Fatwa Husam Menyesatkan!

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram Sabtu ini sebagai mati syahid merupakan 'fatwa sesat' dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd. Nor Deris berkata, pihak berwajib sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kenyataan tersebut boleh menyesatkan orang ramai.

"Siapa dia (Husam) untuk mengeluarkan fatwa yang begitu besar. Apa kuasa dia? Ini hanya satu kenyataan terdesak beliau. Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...