Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 7 March 2014

Keterangan Anwar Hanya Penafian!

Mahkamah Rayuan semalam diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah kukuh.

Sehubungan itu, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.


Katanya, ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas.

Muhammad Shafee berkata, Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk bersembunyi di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta Timbalan Pendakwa Raya.

Monday, 3 March 2014

Biarkan Zaid Cabar Anwar!


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi memastikan Khalid Ibrahim tidak disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. 

Dalam erti kata lain, Zaid, bekas anggota PKR dari Kelantan, tidak mahu Anwar, dari Pulau Pinang mengetuai kerajaan negeri. Benar kata Zaid, jika Khalid dari Selangor mahu disingkirkan biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tidak perlulah PKR mencipta PRK yang nyata mengajak pelbagai pihak membazirkan wang. Umpama pada musim kemarau, paip air sengaja dipecahkan. Zaid menyifatkan perbuatan Anwar sebagai 'satu tindakan politik liar yang perlu dihalang dan tidak wajar direstui pengundi-pengundi Kajang'.

Adakah pengundi-pengundi Kajang yang sudah tentu majoritinya 'anak Selangor' juga sekata dengan Zaid? Kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) itu lagi, beliau mampu menstabilkan keadaan politik di Selangor serta membawa pembangunan ke Kajang atas dasar hubungan baik dengan pemimpin dalam pakatan pembangkang dan BN. 

Friday, 21 February 2014

Panas : Alat Perang Saraf Anwar?

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menafikan dakwaan bahawa kononnya beliau merupakan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM itu menolak dakwaan beberapa blogger dalam laman media sosial kononnya beliau merupakan sahabat baik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

"Mereka ungkit saya kenal Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar pada tahun 1970-an. (Datuk Seri Dr. Ahmad) Zahid Hamidi dan (Tun) Dr. Mahathir (Mohamad) baik dan kenal dengan Anwar lebih lama.

"Kalau setengah tu jumpa Anwar cium tangan. Saya boleh kira menteri jumpa Anwar cium tangan. Saya tak pernah cium tangan Anwar," katanya.

Kajang Penentu Masa Depan Negara...

Cakap-cakap banyak pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jadi Perdana Menteri menerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Mereka percaya ini adalah peluang paling hampir untuk Anwar menjadikan cita-citanya itu satu kenyataan.

Dalam bahasa mudah, kalau Anwar menang pilihan raya kecil kerusi tersebut yang akan berlangsung pada 23 Mac ini, peluang untuk menjadi Perdana Menteri akan terbuka luas. Kepercayaan ini juga yang mungkin mendorong Anwar untuk melakukan apa sahaja asalkan dapat menjadikan dirinya calon di kawasan itu. 


Usaha ini termasuklah "mengarahkan" penyandang kerusi tersebut, Lee Chin Cheh melupakan janji yang ditabur dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul terhadap penduduk yang telah mengundinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. 


Thursday, 20 February 2014

Mahu Kawal Bajet Kaum India...

Pengerusi Barisan Bertindak Hak- Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas berikutan tindakannya menuding jari kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya gagal melakukan perubahan terhadap masyarakat India di negara ini.
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.

Khairy mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.

"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Wednesday, 19 February 2014

Realiti Perjuangan Politik Melayu...

Politik dan kerajaan tidak boleh dipisahkan. Sekian lama gelombang politik di Malaysia diwarnai hitam putih perbalahan politik Melayu. Realitinya wujud perbezaan persepsi dan perspektif Melayu dalam banyak perkara. Salah satu isu yang besar adalah tanggapan tentang Islam dan nasionalisme.

Di tanah air kita, makna kebangsaan yang merujuk kepada kewatanan dan kenegaraan itu dilihat bagaikan terpisah daripada Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Falsafah nasionalisme dilihat dalam erti kebangsaan yang sempit bukannya kenegaraan atau kewatanan dan peranan Islam dalam pengukuhannya.

Politik Melayu di Malaysia adalah antara UMNO dengan Pas. Sekarang muncul Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti-parti lain yang tidak semestinya seratus peratus Melayu. Ada campuran. Kalau ditanyakan benarkah Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memperjuangkan Islam? Ya, betul. 

Betulkah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) membangun dan menegakkan Islam? Ya, betul. Jadi kenapakah kedua-dua parti umat Islam pimpinan Melayu yang ‘seiman dan sedarah’ ini tidak boleh duduk semeja berunding mengenai persoalan hal ehwal kemajuan Islam? 

Makan Politi, Tidur Politik, Main-Main Politik!

Jika ada kajian terhadap penduduk yang paling banyak menghabiskan masa berpolitik di dunia, mungkin Malaysia berada di tangga teratas.

Ia sudah menjadi semacam suatu ketagihan. Orang Malaysia seolah-olah tidak boleh hidup tanpa politik. Kalau boleh 24 jam berpolitik. Makan politik, tidur politik, bola politik. 

Mungkin sebab itu, walaupun seluruh negara kecuali Sarawak, baharu sahaja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diuar-uarkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’, tidak sampai pun sembilan bulan, satu lagi pilihan raya menjelma.

Jika PRU-13 digelar ‘ibu pilihan raya’, mungkinkah pilihan raya kecil (PRK) yang dicipta ini wajar dipanggil ‘anak’ pilihan raya?

Seperti mana ibu mengandung yang tempoh bersalin lazim memakan masa sembilan bulan, mungkinkah kelahiran `anak’ ini sememangnya telah dirancang?
 

Apa pun perancangan dan percaturan pemimpin politik di sebalik kelahiran `anak pilihan raya’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan, masa produktif rakyat Malaysia nampaknya akan terus terbuang gara-gara politik yang tidak berkesudahan.

Tuesday, 18 February 2014

Jangan Provokasi Orang Melayu!

Toleransi tahap tinggi yang ditunjukkan orang Melayu selama ini tidak harus dibalas dengan perbuatan berbentuk provokasi terhadap agama Islam sehingga boleh mengundang tindak balas ganas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak akhir-akhir ini pelbagai perbuatan provokasi dicetuskan pihak-pihak tertentu dan akibatnya, wujud golongan ekstrem dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini yang membalas perbuatan tersebut.

"Saya mengambil contoh kejadian gereja di negeri ini yang dibaling bom petrol pada bulan lepas. Sebelum ini tidak ada kejadian sedemikian tetapi apabila ada provokasi termasuk menggantung kain rentang mempunyai kalimah Allah berhampiran beberapa gereja, maka wujudlah tindak balas sedemikian.

"Dalam kes Teresa Kok pula, ramai yang memberi komen mengecam pihak yang memberi tawaran untuk menampar beliau. Jika Teresa tidak mulakan provokasi, tidak akan ada tawaran demikian," katanya.

Krisis Anwar, Orang Cina!

Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.
 

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.
 

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.

Monday, 17 February 2014

Parti Keanwaran!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lain hanyalah 'Parti Keanwaran' kerana perjuangannya tertumpu kepada kepentingan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Dr. Mahathir berkata, PKR ditubuhkan bukan atas perjuangan ideologi atau kepentingan bangsa dan agama tetapi lebih sebagai jentera untuk merealisasikan cita-cita Ketua Pembangkang itu menjadi Perdana Menteri.

Katanya, penggunaan perkataan 'keadilan' dalam PKR adalah tidak sesuai memandangkan Anwar sendiri tidak berlaku adil apabila cuba mengelak daripada dibicarakan di mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...