Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah
seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti
Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu,
bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan
mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan
dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding
pengasas DAP itu sendiri.
Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan'
Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 4 October 2013
Thursday, 3 October 2013
'Bersarakan' Golongan Duri Dalam UMNO!
Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini
dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang
efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk
mengundi.
Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin - cawangan, bahagian dan pusat.
Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.
Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.
Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.

Tuesday, 1 October 2013
Jangan Gadaikan Maruah Bangsa!
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng adalah petualang negara yang telah berjuang dan berazam untuk
menjadikan tanah air yang dikasihi ini sebagai sebuah negara komunis.
Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Malaysia agar mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaik-baiknya dan jangan kerana ingin mendapatkan sokongan dan populariti sanggup menggadaikan maruah bangsa dan tanah air sendiri.
"Sejarah telah menunjukkan bahawa semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara kita ini daripada menjadi negara komunis, kerajaan telah banyak mengeluarkan belanja bagi menghalang tujuan tersebut.

Monday, 30 September 2013
Gelanggang Orang Lama, Orang Muda, Muka Baharu...
Memang meriah suasana pada hari penamaan calon pemilihan UMNO yang
berlangsung Sabtu lalu. Setakat ini sudah nampak tanda-tanda saingan
sengit dijangka berlaku termasuk di peringkat bahagian berikutan ramai
yang menawarkan diri. Jelaslah berlaku penawaran diri beramai-ramai
untuk bertanding yang memperlihatkan proses demokrasi dalam UMNO yang
cuba disegarkan mendapat perhatian anggota UMNO. Mereka berani mencuba
untuk melakukan perubahan walaupun kemungkinan ada sesetengahnya sekadar
mahu memperkenalkan diri sebelum berada pada arus perdana perjuangan
parti.
Begitu juga dengan Majlis Tertinggi (MT) yang menampilkan enam calon untuk jawatan naib presiden yang menggabungkan tiga menteri Kabinet (penyandang), menteri besar, bekas ketua menteri dan bekas menteri besar. Sebanyak 64 calon MT yang menawarkan diri turut menarik perhatian ramai. Calon-calon ini menampilkan orang lama, orang muda dan muka baharu, barisan Kabinet dan di luar Kabinet. Mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang atau profesion termasuk pengamal undang-undang, ahli akademik dan tokoh agama. Adunan pelbagai latar belakang pemimpin serta gandingan orang lama, orang muda dan muka baharu ini amat penting.
Jika dilihat jumlah calon di peringkat MT, mungkin ia boleh dianggap tidak begitu ramai kerana berdasarkan sistem yang diperkenalkan tahun ini, sesiapa juga anggota UMNO yang pernah menganggotai jawatankuasa bahagian selama sepenggal layak menawarkan diri untuk jawatan MT. Jumlah 64 orang bolehlah dianggap kecil kerana pada kali ini, pencalonan tidak memerlukan kuota seperti amalan pemilihan pada masa lalu. Kenapa? Adakah ramai yang tidak berminat? Kurangkah mereka yang mempunyai semangat untuk memimpin? Mungkinkah mereka menjangka hanya yang ada nama dan kedudukan sahaja bakal dipilih? Sebelum ini, ada yang mahu bertanding tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana gagal memperoleh pencalonan yang mencukupi.

Friday, 27 September 2013
Bila PM Hebat Bertweeter!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan
kerja ke ibu pejabat Twitter hari ini bagi mengetahui lebih dekat
bagaimana media sosial itu boleh dimanfaatkan untuk berhubung dengan
rakyat, sempat menghantar dua tweet kepada pengikutnya yang kini
berjumlah 1.7 juta orang.
"Hebat", kata Najib sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Dick Costolo selepas beliau menghantar dua tweet melalui akaun Twitternya @NajibRazak semasa sesi santai di lobi ibu pejabat Twitter di Market Street.
Mesej itu yang disertakan gambar beliau berjabat tangan dengan Costolo diambil daripada telefon bimbitnya kemudian mendapat reaksi segera daripada para pengikutnya.
Dua tweet itu ialah "Berjumpa CEO Twitter@dickc di Ibu pejabat Twitter dan "Sesi hebat di Ibu pejabat Twitter. Platform menarik untuk berhubung dengan rakyat Malaysia dan komuniti global".

Thursday, 26 September 2013
Panas : Agenda Ubah Sejarah Secara Senyap!
Pada 15 September lalu, akhbar Nanyang Siangpau
memaparkan pendapat tulisan individu bernama Phang Sin Cai yang mahu
'selarikan' sejarah orang Cina di Tanah Melayu.
Hujahnya tentang sejarah dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan rakyat tentunya sesuatu yang baik untuk negara tetapi terdapat beberapa ayat membawa maksud tersirat yang diselitkan penulis dan boleh mengundang persoalan tujuan sebenar artikel itu dikongsi kepada umum.
Sin Cai membuat hujah persatuan Cina perlu 'menyelaraskan rekod sejarah' untuk tatapan generasi muda Cina khususnya di sekolah-sekolah vernakular, umpama rekod sejarah yang diajar di semua sekolah kini salah dan perlu 'diubah suai'.
Antara perkara yang menimbulkan persoalan termasuk cubaan penulis ini mengetengahkan 'pejuang daerah Setiawan' ketika isu Chin Peng mahu 'pulang' ke kampung halamannya itu menjadi perdebatan ramai.

Wednesday, 25 September 2013
Terkini : Pelarasan Gaji Baru Buat Penjawat Awam!
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014
kakitangan awam. Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013
tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati dan
menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru.
Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana pelarasan gaji baru naik berkuatkuasa seawal Disember 2013?
Berdasarkan maklumat yang diterima melalui salah seorang panel, yang menjadi wakil bagi pihak kementerian yang telah terlibat secara
langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini, memaklumkan
akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang.
Pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Kerajaan Tegas Tidak Kompromi Hal Chin Peng!
Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi membenarkan mayat atau abu
pemimpin pengganas komunis, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengulangi penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Chin Peng bukannya rakyat Malaysia.
Malah, beliau menempelak pihak-pihak tertentu yang tidak sensitif dengan perasaan majoriti rakyat terhadap kekejaman komunis semasa zaman darurat, khususnya ahli keluarga bekas-bekas perajurit negara apabila menggunakan isu undang-undang bagi 'menghalalkan' kepulangan Chin Peng.
"Kita (kerajaan) tetap dengan pendirian, seperti kata Perdana Menteri, Chin Peng tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia. Sebabnya, dia bukan warganegara Malaysia berdasarkan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sudah tentu kita tahu, kalau mayat atau abunya dibawa balik, akan ada pihak yang mendewa-dewakan dia sebagai pejuang atau membuat tugu peringatan. Ini akan menyakitkan hati veteran-veteran anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka atas kekejaman Chin Peng dan komunis,'' katanya.

Monday, 23 September 2013
Jangan Muda Belaka Sahaja!
Setiap kali UMNO hendak asah keris dalam memilih pemimpin baharu
akan timbullah isu ini - kita amat perlukan gabungan tenaga tua dan
muda.
Sebenarnya sejak 1946 lagi, UMNO telah mengamalkan gabungan tenaga yang sihat. Mana-mana pihak khasnya yang muda seandainya berasakan dengan program meremajakan UMNO hanya orang muda yang kebal - maka ini tanggapan yang cukup besar silapnya.
Ungkapan istilah meremajakan UMNO disebut oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil dari terjemahan semua pihak tetapi dengan cara mengguna pendekatan idea-idea baharu. Dan bukan fizikalnya semata-mata, yakni harus muda-muda belaka.

Pengajaran Sepanjang 50 Tahun Usia Malaysia!
Jika diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan. Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.
Demikianlah juga dengan Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai lebih 50 tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa. Telah sedemikian banyak liku yang dilalui. Sudah banyak pula onak dan duri yang ditempuh. Dengan kata-kata lain, kita telah mengenal dunia dan mengetahui permainannya. Ibarat kata pepatah, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ranjau dan jurang hidup.
Resam kehidupan, ujian yang datang tidak mungkin ada noktahnya. Seperti diungkap al-Imam al-Syafi r.h.,: Ujian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti. Maka tidak hairanlah jika kita melihat semakin berusia negara ini semakin banyak dan hebat ujian yang melanda.
Antaranya termasuklah bentuk-bentuk ajaran dan pemikiran tertentu daripada Timur dan Barat yang tibanya bersilih ganti. Sekadar menyebut sebahagiannya cuma; sekularisme, pluralisme, liberalisme, dan yang sedang diberikan perhatian kini, iaitu ajaran atau doktrin Syiah. Pemikiran atau doktrin yang tersasar jauh daripada landasan sebenar dan menyesatkan itu hakikatnya tidak mudah disekat hanya dengan menutup punca kemasukannya atau juga dengan menamatkan hubungan siasah yang telah sedia terjalin.
Subscribe to:
Posts (Atom)