Darahsatriadotcom

Followers

Friday 19 April 2013

Macam-Macam Ragam Anwar Ibrahim!

Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.

Mari Lihat Perbandingan ... BN vs PR!

Analisa : Melayu Wajib Baca!

Pilihan raya sepatutnya mengingatkan kita pada cerita-cerita teladan dalam sastera lisan orang Melayu. Dalam cerita jenaka Melayu, terdapat watak-watak seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Nujum Pak Belalang dan Si Luncai yang sama ada bodoh, cerdik atau penuh muslihat – diceritakan dengan penuh jenaka tapi tebal dengan sindiran.

Pak Pandir begitu bebalnya hingga tidak tahu membezakan air panas mendidih dan rapuhnya ranting. Pak Kadok menukar ayam sabungnya dengan ayam raja tetapi apabila ayam raja menang, dia bersorak hingga bertelanjang bulat. Lebai Malang jujur tetapi tidak cerdik. Pak Belalang cerminan klasik manusia yang mencapai kedudukan tinggi berbekalkan hanya air liur dan muslihat. Si Luncai nampak hodoh tetapi otaknya bergeliga. 


Cerita-cerita moral seperti ini sebenarnya cerminan diri kita sendiri – nilai, minda, psyche, sikap, hati budi, semangat, maruah dan banyak lagi. Sepatutnya sewaktu pilihan raya kita menilai diri di samping menanyakan kejujuran dan ketelusan. Juga menjengah ‘keMelayuan’ kita. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...