Darahsatriadotcom

Followers

Monday 29 July 2013

Syiah : Pecat Ahli Parti

Pas perlu memecat ahlinya yang berfahaman Syiah tanpa mengira jawatan yang disandang dalam parti seperti yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor semasa menjadi Presiden parti itu.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Mazlan Ismail berkata, tindakan tegas sedemikian wajar bagi membersihkan parti daripada penularan fahaman Syiah.


Selain itu tegasnya, Pas juga perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung isu berkenaan.


"Kalau terus berdiam diri tanpa sebarang pendirian, seolah-olah Pas meredai fahaman Syiah.

"Kalau dahulu pada zaman Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor, beliau mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang terlibat dengan memecat mereka tanpa mengira apa jawatan yang disandang dalam parti,'' katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah Ihya Ramadan di Darul Wehdah di sini hari ini.


Sehubungan itu katanya, Pas perlu kembali bertegas dalam hal tersebut demi membersihkan parti daripada penularan fahaman dan pengikut Syiah.

TNV Sentuh Sensitiviti Rakyat!

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penayangan filem The New Village dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya menolak sebarang usaha mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero.

Ini kerana katanya, beliau telah menonton sedutan filem tersebut dan berdasarkan itu, filem tersebut sememangnya menyentuh sensitiviti seluruh rakyat Malaysia kerana seolah-olah mengangkat maruah pengganas komunis.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kebenaran untuk menyiarkan filem The New Village.

"Perkara ini serius kerana kita lihat apabila filem bercorak patriotisme, Tanda Putera yang menceritakan kehidupan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak terpaksa ditunda setelah menerima kritikan daripada banyak pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khusus Buat Wanita! Wajib Baca...

Sepanjang sejarah kemanusiaan, wanita sering dicatat terdedah kepada penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh sistem dan budaya masyarakatnya. Nasib yang tidak baik ini sering digambarkan dalam bentuk tulisan dan lakonan semula oleh media moden hari ini. 

Sejarah era masyarakat jahiliah Arab misalnya mencatatkan iaitu kedudukan mereka sejajar dengan barangan kebendaan yang boleh diwarisi oleh sanak saudara terdekat. Layanan sama juga tergambar dalam kehidupan masyarakat Rom masa lalu. 

Malah ada peraturan yang mengkehendaki wanita menikahi kaum keluarga daripada darah dagingnya sendiri demi memperoleh layanan dan kebaikan. Peranan wanita yang dianggap sebagai objek keseronokan masyarakat, terutama kaum lelaki, amat berleluasa dalam sejarah di peradaban Timur dan Barat. Malah, fenomena itu terus berleluasa sehingga ke hari ini.

Syiah Wujud Dalam Kalangan PAS!

Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Filem Perjuangan Komunis Dilulus!

Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan.

Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.

Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...